
Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Farhan yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia sah bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi.
Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Masjid Al Hasanah, Bangi.
Pihak pengantin lelaki telah hantaran berupa senaskah Al Quran, telekung set penjagaan wajah, set minyak wangi, jam tangan, mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran yang dirahsiakan nilainya.
Pihak perempuan pula telah membalas Sembilan dulang hantaran. Mereka telah dinikahkan oleh Zainal Abidin Yusof, Pendaftar Pernikahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat.
Tahniah diucapkan buat Farhan dan pasangan. Semoga bahagia hingga ke jannah. Insyaallah
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments