Setelah sekian lama menyulam cinta, bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke 3, Yazer dan Ekin telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada 26 Disember ini.
Percintaan mereka pernah terputus namun siapa sangka, jodoh mereka berpanjangan.
Jujurnya, saya sangka jodoh kami tidak panjang lebih-lebih lagi hubungan kami putus pada November tahun lalu. Selepas masing-masing bermuhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa – Mstar Online
Majlis pernikahan Yazer dan Ekin nanti akan diadakan di rumah keluarga Ekin yang terletak di Kampung Bebuloh Laut, Labuan.
Majlis resepsi pula akan diadakan pada 28 Disember juga di tempat yang sama.
Tahniah Hyebro ucapkan. Semoga majlis itu nanti berjalan dengan lancar dan semoga bahagia. Insha Allah.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments