Pasangan Rozita Che Wan atau Che Ta, dan Zain Saidin sepakat untuk menamakan puteri kesayangan mereka dengan nama Aaisyah Dhia Rana.
Dhia Rana membawa maksud sinar kecantikan manakala Aaisyah mengambil sempena nama ibu Zain.
Nama bayi perempuan pasangan itu didedahkan Zain, secara eksklusif di dalam program hiburan, HLive!
Nama ini diberikan oleh saya sendiri dan saya suka kan nya. Sebutannya seakan-akan Aesya.
Dia tak banyak karenah, sentiasa tersenyum tapi dia tidak boleh ditinggalkan. Kena sentiasa didukung dan dipeluk oleh kami berdua. Jika tinggalkan sekejap je atau tidak dipeluk dia mesti menangis.
Aaisyah dilahirkan pada 1 November lalu di Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments