Zalif Sidek Disamun ‘Peminat’

Zalif Sidek Disamun ‘Peminat’

20130923-223923.jpg
Zalif Sidek disamun individu yang menyamar sebagai peminat selepas dia mengeluarkan wang di sebuah mesin teler automatik (ATM) di pusat beli belah The Curve.

Dia kerugian wang tunai lebih RM1000 bersama kad pengenalan dan beberapa kad bank menyebabkan hasrat beliau untuk melaram pada majlis Anugerah Skrin 2014 musnah.

Semalam selepas keluarkan duit untuk beli pakaian sempena ASK 2014 esok. Saya perasaan ada orang mengekori saya dari belakang dan ketika masuk ke sebuah butik individu itu menyapa saya dan meminta untuk mengambil gambar bersama.

Saya sangkakan dia adalah peminat dan ketika di kaunter pembayaran barulah saya sedar yang beg duit saya sudah disamun

Bagaimanapun, beliau sudah meminta untuk membuat pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) milik butik berkenaan namun masih belum mendapat sebarang keputusan.

Tak sangka benda macam ini terjadi pada dia.

Dah la baru-baru ini, Bro berjumpa dengan beliau sewaktu Malam Pra-tonton Filem Kelibat, siap laga-laga perut lagi. Biasalah, anggap ini semua adalah dugaan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga