Tahniah Hyebro ucapkan kepada chef Riz yang kini telah bergelar suami kepada, Shikin Maembong. Shikin merupakan kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan pada Jumaat lalu yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Majlis tersebut berlangsung secara sederhana namun begitu meriah.
Ini merupakan perkahwinan kedua Chef Riz selepas bercerai pada tahun 2012. Gambar perkahwinan mereka merupakan hasil bidikan dari The Photolicious
Tahniah sekali lagi. Moga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments