Pasangan suami isteri, yang juga merupakan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal bersanding pada 31 Januari 2015 yag diadakan di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK), Kedah.
Persandingan diadakan sempena Malaysia International Wedding Festival (MINWEF) selepas Wawa dan Aeril terpilih sebagai duta festival perkahwinan tersebut.
“Sebenarnya persandingan ini diadakan bagi memenuhi komitmen kami sebagai duta kepada MINWEF sahaja. Kami dapat tawaran ini pada bulan lalu dan mereka menawarkan kami untuk bersanding secara adat dengan berarak sekali paluan kompang.
“Cuma bezanya kami tidak bersanding dihadapan saudara mara dan kenalan sebaliknya orang -orang yang tidak kami kenali,” katanya.
Jom lihat beberapa keping gambar pra persandingan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang Hyebro ingin kongsikan..
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments