Akim Mengakui Bercinta dengan Stacy

Akim Mengakui Bercinta dengan Stacy

Akim Stacy Bercinta
Akim Ahmad akhirnya mengakui telah menjalin hubungan cinta dengan Stacy sejak tiga tahun lalu.

Maka terjawablah persoalan dan teka-teki yang sekian lama dinanti-nantikan oleh peminat kepada kedua-dua selebriti ini.

Kami sudah kenal rapat dan menjalinkan hubungan cinta untuk tempoh tiga tahun. Apa salahnya saya mengorak satu langkah ke hadapan apabila perasaan bersedia itu datang dalam diri saya.

Malah Stacy sendiri pun tidak tahu menahu yang saya membuat keputusan untuk membuat kenyataan berkenaan. Tapi dia ada juga berkongsi dengan saya yang beberapa pihak menghubunginya untuk bertanyakan perihal perkara itu.

Katanya yang dipetik dari BH Online.

Akim turut menjelaskan bahawa mereka juga masih belum berbincang mengenai fasa seterusnya dan dia tidak mahu memaksa Stacy memeluk Islam dalam masa terdekat kerana menyerahkan keputusan tersebut kepada Stacy.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga