Satu konsert MUZIKA NUSANTARA akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2015 jam 8.30 malam.
Artis yang akan membuat persembahan adala Dato’Siti Nurhaliza. Selain Dato’ Siti Nurhaliza, penyanyi Krisdayanti, Tegar, Rafli Kande dan Dwen juga turut membuat persembahan pada malam itu.
Konsert Muzika Nusantara tersebut menampilkan gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Mereka akan mempersembahkan konsep tarian dan nyanyian selama 2 jam.
Konsert ini juga akan memaparkan keindahan dan kekayaan warisan nenek moyang dalam Kepulauan Melayu yang penuh dengan warna-warni
Konsert ini pertama kali diadakan dan dianjur bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertemakan Senada Dalam Seni.
Tiket-tiket dijual dengan harga RM 53, RM 73, RM 103, RM 153, RM 203, RM 253, RM 303.
Bagi mereka yang ingin ke konsert ini boleh membuat tempahan tiket di Laman www.redtix.asia.com
sumber – budiey.com
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments