Jenazah Harun Salim Bachik Selamat Dikebumikan | Jenazah Allahyarham Harun Salim Bachik telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ar Raudhatuk Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves, Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 11 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham tiba di kediamannya di Taman Pandan Perdana pada pukul 1.15 pagi Isnin. Jenazah kemudian dimandikan dan disembahyangkan di Surau Al Mutmainnah Jalan Pandan Perdana 8/1 pada pukul 9 pagi.
Kira-kira 500 ahli keluarga yang hadir, teman dan rakan-rakan artis untuk menberi penghormatan terakhir buat jenazah.
Rakan artis yang hadir seperti Datuk Hattan, Datuk Rosyam Nor, Zed Zaidi, Den Wahab, Afdlin Shauki, Riezman Khuzaimi, Arash Mohamad,Elly Suriati dan ramai lagi.
Sama-samalah kita sedekahkan al Fatihah. Semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments