ABPBH 2014 menyaksikan Johan terus mengungguli kategori Penyampai Radio Lelaki Popular menandingi empat orang finalis lain yang bukan calang-calang iaitu Salih Yaacob, AG, Deen dan Ebby Halim.
Kejayaan ini sekaligus menamatkan teka-teki siapakah pemilik trofi bagi kategori yang mempunyai saingan sengit ini.
Ini merupakan kali ke-2 penyampai radio Era itu membawa pulang trofi tersebut selepas memenangi kategori yang sama pada tahun lepas.
Untuk rekod, Johan telah menjadi finalis bagi kategori ini selama 3 tahun berturut – turut.
Anugerah yang memberi kuasa mutlak kepada para peminat untuk menentukan pemenang ini membuktikan sokongan padu para peminat dalam menyokong kerjaya Johan sebagai penyampai radio.
Malam berprestij ABPBH edisi ke-28 yang bertemakan ‘Cinta’ anjuran Berita Harian ini telah berlangsung di Arena of Stars Genting Highland semalam.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments