Gabungan mantap Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai peneraju utama Filem POLIS EVO bakal menggegarkan Industri perfileman Malaysia.
Filem bergenre Aksi ini yang mengisahkan dua orang anggota polis, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus berkerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Inspektor Khai (Shaheizy Sam) merupakan seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu.
Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini di Kuala Lumpur, namun Inspektor Khai harus bekerjasama dengan Inspektor Sani yang bertugas di Terengganu. Ini adalah kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya iaitu Terengganu.
Kedua-dua mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Inspektor Khai merupakan seorang yang tegas & sering bertindak tangkas manakala berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur & protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal.
Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Berjayakah Inspektor Sani dan Inspektor Khai menyelamatkan keluarga Inspektor Sani dan menyelesaikan misi mereka bersama?
Mari saksikan tayangan umum mulai 17 November 2015 di pawagam berhampiran anda. Filem yang menjanjikan kepuasan anda dari pelbagai sudut termasuk sistem audio yang baik .


Nantikan filem Polis Evo yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh negara, mulai 17 September 2015.
Layari laman web rasmi www.polisevo.com dan www.facebook.com/AstroShaw serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube AstroShaw untuk berita dan informasi terkini.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments