Everything Belongs to Allah Omar Hana

Animasi popular kanak-kanak, ‘Omar & Hana’ terus melebarkan sayap dengan menjalin kerjasama bersama penyanyi nasyid dari Afrika Selatan, Zain Bhika dan pelawak, pelakon yang juga pengarah kelahiran Amerika Syarikat, Omar Regan menerusi lagu terbaharu berjudul ‘Everything Belongs to Allah’.

Istimewa lagi, lirik lagu tersebut ditulis sendiri oleh Zain Bhika dan mendapat sentuhan akhir daripada pihak Digital Durian untuk disesuaikan dengan citarasa kanak-kanak.

Menerusi lirik yang ringkas dan mudah difahami, Zain Bhika menerapkan mesej murni bahawa setiap benda yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman dan dimiliki oleh Sang Pencipta, Allah SWT.

Official Video ‘Everything Belongs to Allah’

Selain itu, beliau turut menggabungkan elemen hidupan liar serta keindahan alam semulajadi di dalam lagu ini untuk menarik minat kanak-kanak.

Muzik video rasmi ‘Everything Belongs to Allah’ yang mula menemui peminat pada 18 Januari lalu di laman Youtube telah mencatat lebih 150,000 jumlah tontonan.

Berlatar belakangkan safari di Afrika Selatan, muzik video ini turut menyaksikan penampilan watak animasi Zain Bhika dan Omar Regan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web: www.omarhana.com

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments