Sidang Media Nawangsih
Astro dengan kerjasama strategik bersama Telkomsel, menerusi aplikasi portal video, MAXstream, dalam menghasilkan sebuah lagi karya original dan eksklusif bergenre seram berjudul “Nawangsih”.

Inisiatif ini adalah untuk menyokong usaha Telkomsel meningkatkan pengalaman pengguna dan menawarkan pelbagai perkhidmatan gaya hidup digital bagi menepati gaya hidup hari ini.

“Nawangsih”, drama bersiri 10 episod ini merupakan edisi terkini ‘MAXstream Original’ dan ia dibintangi Mario Lawalata dan Ririn Ekawati.




“Nawangsih” mengisahkan mengenai sebuah keluarga iaitu Arya (lakonan Mario Lawalata) bersama isterinya, Kiran (lakonan Ririn Ekawati) serta dua anak perempuan mereka, Srimaya (lakonan Benaya Farah) dan Nawangsih (lakonan Gisellma & Chrissie) yang berpindah ke sebuah rumah lama milik arwah ayah Arya.

Segalanya baik-baik sahaja sehinggalah pada suatu hari, Nawangsih menemui sebuah lampu usang di dalam kotak yang merupakan warisan peninggalan arwah ayah Arya. Sejak itu, Nawangsih mempunyai hubungan luar biasa dengan roh yang menetap di dalam lampu usang tersebut.

“Nawangsih” adalah hasil karya penyanyi yang juga merupakan penulis lirik tersohor Indonesia, Melly Goeslow serta digarap kemas oleh sutradara Hedy Suryawan selaku pengarah. Siri ini juga menjanjikan runut muzik yang cukup hebat hasil sentuhan pemuzik berpengalaman, Anto Hoed.

MAXstream sebelum ini pernah menghasilkan siri original berjudul "Brata", sebuah drama bergenre thriller jenayah yang dibintangi oleh Oka Antara dan Laura Basuki.

Sehingga kini, Brata telah mencatatkan lebih daripada sejuta tontonan sejak pelancaran episod pertamanya di MAXstream pada September 2018. Karya-karya original lain MAXstream turut mendapat tempat di hati penonton seperti ‘Critical Eleven’ dan ‘Pulang Pulang Ganteng’.

Selain daripada siri original, MAXstream juga membawakan kandungan hiburan lain seperti filem, rancangan televisyen, sukan (Liga Premier English, Italian Serie, France Ligue 1, Spanish La Liga) dan kartun daripada pelbagai saluran perkhidmatan video dan televisyen antarabangsa.

Sejak dilancarkan pada tahun 2018, MAXstream telah menjadi salah satu perkhidmatan video paling popular di Indonesia dengan jumlah sebanyak 9 juta muat turun.

Crispin turut mengatakan bahawa dengan peningkatan penggunaan perkhidmatan video digital, Telkomsel komited untuk terus menerajui segmen ini. Pada tahun lalu, kandungan video pada rangkaiannya telah menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 250%, satu jumlah yang sangat memberansangkan untuk pencipta kandungan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments