#AgongKita – Astro AWANI Singkap Sisi Berbeza Yang di-Pertuan Agong XVI

#AgongKita – Astro AWANI Singkap Sisi Berbeza Yang di-Pertuan Agong XVI

Astro AWANI bawa program khas #AgongKita untuk singkap sisi berbeza yang tidak pernah diketahui sebelum ini.

Astro Awani YDPA Sultan Abdullah

Astro AWANI dengan berbesar hati membawakan dua buah program istimewa sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai 2019.

Saksikan program temu bual santai #AgongKita jam 12.00 tengah hari yang menampilkan sisi berbeza Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong secara eksklusif di www.astroawani.com

Saksikan program temu bual khas “Eksklusif Bersama Yang di-Pertuan Agong XVI” jam 9.00 malam memaparkan keperibadian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang tidak pernah diketahui sebelum ini.

Program istimewa ini turut disiarkan secara serentak di platform Astro menerusi saluran-saluran berikut:

  • Astro AWANI (CH501) & www.astroawani.com
  • Astro Ria (CH104) & Ria HD (CH123)
  • AEC (CH301) & AEC HD (CH306)
  • Astro Vaanavil (CH201)
  • Hello (CH110)

Astro AWANI juga bakal menyiarkan siaran langsung Istiadat Pertabalan bermula jam 9.00 malam pada 30 Julai 2019.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga