TITANS Raih Tahta ‘Superstar of the Week’ Kali Kedua

TITANS Raih Tahta ‘Superstar of the Week’ Kali Kedua

Kumpulan TITANS meraih takhta ‘Superstar of the Week’ buat kali kedua di gelanggang Muzikal Lawak Superstar!

Dengan persembahan penuh bertenaga bagi menebus kekalahan minggu sebelumnya, Kumpulan TITANS yang dianggotai Ain Edruce, Issey dan Ammar berjaya memenangi hati juri dan pengundi di rumah apabila diangkat sebagai ‘Superstar of the Week’ buat kali kedua di minggu keempat ‘Muzikal Lawak Superstar’!

Sebagai ganjaran, kumpulan ini akan diberikan 1 ‘Star’ – ini bermakna, jika persembahan mereka diberikan 3 ‘Star’ pada minggu hadapan, dengan serta-mertanya jumlah ‘Star’ mereka akan terkumpul menjadi 4 ‘Star’!

Minggu keempat yang bertemakan ‘Negeri di Malaysia’ di Muzikal Lawak Superstar itu penuh dengan kemeriahan kerana bukan Kumpulan TITANS sahaja yang menerima 5 ‘Star’ pada malam tersebut, malah, Kumpulan HEART (Azmi Caliph Buskers, Danial Zaini, dan Ezad Lazim) dan Kumpulan JBORN (Joey, Vicha, dan Khir Rahman) juga mendapat markah tertinggi sekaligus meletakkan kedudukan ketiga-tiga kumpulan ini sebagai ‘Top 3’!

Mungkinkah juri tetap Datuk Awie, Nora Danish, dan Altimet terkesan dengan komen netizen yang mengatakan mereka memberi markah yang tidak sesuai kepada para peserta? In fact, banyak juga kumpulan yang mendapat 4 ‘Star!




Kumpulan BOTAK (Achey, Abam dan Black), TAMANZ (Zulin Aziz, Man Raja Lawak dan Tauke), WASAP (Wan Gegau, Syura dan Amir Raja Lawak), NEWBOH (Mamak, Ali Mercik dan Tomok) dan LIBRA (Elly Mazlein, Rahim Sepahtu dan Bell Ngasri) semua mendapat 4 ‘Star’! Kesian juri kita, pemurah sangat pun kena kecam, beri “markah konsisten” pun jadi bualan…

Akan tetapi, disebabkan format pemarkahan Muzikal Lawak Superstar ini adalah 50% juri dan 50% undian, pemarkahan ‘Star’ tidak menentukan nasib anda. Walaupun mendapat ‘Star’ yang tinggi, namun jika undian tidak menyebelahi anda, peserta masih boleh tersungkur di ‘Bottom 3’.

Kumpulan KRONI (Wani Kayrie, Achok Chilok dan Kamal Chilok), WASAP dan BOTAK dipanggil ke pentas oleh hos Nabil Ahmad dan Nabila Huda untuk pengumuman penyingkiran. Akhirnya, KRONI yang diberi 2 ‘Star’ pada malam itu tewas selepas menerima hanya 13.34% undian.

Seperti biasa, terdapat lagu denda yang wajib digunapakai untuk kumpulan yang berada dalam ‘Bottom 3’, kumpulan WASAP dan BOTAK untuk minggu hadapan iaitu ‘Tinak Tin Tana’ dari filem Hindustan popular, Mann!

Tema lokasi pada minggu hadapan pula adalah ‘TEMPAT KERJA’. Bolehkah mereka melonjakkkan diri, keluar dari badi ‘Bottom 3’? Atau terus kecundang di pentas minggu ini?

Kita saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen ‘luar jangkaan’, hanya di ‘Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar’ pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga