12 BBNU Mula Berentap di Konsert Big Stage 2019

12 BBNU Mula Berentap di Konsert Big Stage 2019

Membuka tirai pentas ‘Big Stage 2019’ sewaktu konsert pusingan pertama yang bertemakan ‘Jutaan Tontonan Dunia’ minggu lalu, 12 bintang ‘BBNU’ musim ini diberi cabaran untuk mempersembahkan lagu ‘single’ atau lagu ‘cover’ nyanyian mereka yang telah melonjakkan nama masing-masing di platform media sosial.

Santesh cukup menyerlah pada minggu lalu dengan persembahan memukau beliau menerusi lagu ‘Amalina’. Dengan peratusan terkumpul sebanyak 82.33%, Santesh berjaya meletakkan dirinya di kedudukan pertama dalam carta undian. Mengekori rapat di kedudukan kedua ialah Dinda Permata dengan jumlah peratusan 77.33% dan Neeta di tempat ketiga dengan 77%.

Dinda Permata yang juga merupakan satu-satunya wakil peserta dari Indonesia mencuri perhatian ramai dengan lagu berirama dangdut ‘Tak Sanggup Lagi’ yang menyerlahkan kualiti dirinya sebagai seorang penghibur serba boleh.

Manakala Neeta pula, meskipun namanya kurang dikenali sebagai penyanyi solo kerana lebih lebih menyerlah menerusi band ‘IamNEETA’, beliau melangkah dengan penuh yakin ke pentas dan memukau penonton serta barisan juri dengan vokal yang cukup mantap menerusi lagu ‘Sakit’ sekaligus meletakkan penanda aras yang tinggi buat diri beliau sendiri.

Nasib ternyata tidak menyebelahi bintang-bintang yang berada di kedudukan tiga terbawah iaitu Kucaimars, Irfan Haris dan Chaleeda.

Wakil peserta dari Thailand, Chaleeda yang menerima markah tercorot di kalangan mereka dengan peratusan sebanyak 67% telah diumumkan sebagai peserta pertama yang disingkirkan keluar.




Walau bagaimanapun, pengumuman yang telah dibuat oleh pengacara Alif Satar dan Sherry Al Hadad adalah sekadar gimik kerana rupanya kesemua 12 bintang masih lagi diberi peluang untuk memperlihatkan bakat masing-masing di pusingan seterusnya.

Pada konsert minggu kedua yang bertemakan ‘Hype Beat, pastinya persaingan akan menjadi lebih sengit kerana kesemua peserta diberi cabaran untuk membawakan lagu-lagu yang berentak rancak.

Mampukah Santesh mempertahankan kedudukan beliau di kedudukan teratas? Siapa pula yang bakal menjadi bintang pertama meninggalkan pentas Big Stage?

Nantikan juga kehadiran penyanyi Indonesia, Judika yang bakal menemani Dato’ Sri Siti Nurhaliza di kerusi juri pada minggu ini. Nantikan juga kehadiran seorang lagi figura muzik terkenal tanah air yang dijemput istimewa untuk memeriahkan pusingan kedua pada minggu ini selaku juri jemputan. Sama-sama kita saksikan kelak.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga