BOBOIBOY Movie 2 (BBBM2) mencipta rekod baru dalam sejarah filem animasi tempatan apabila berjaya meraih RM9.9 juta dalam tempoh lima hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak yang juga penerbit serta pengarah filem BBBM2, pihaknya teruja apabila filem itu berjaya mencipta rekod baru sekali gus membuktikan filem animasi masih mendapat tempat istimewa dalam kalangan penonton.
“Saya sangat teruja dan tidak menyangka kutipan BBBM2 mencecah RM 9.9 juta dalam tempoh lima hari sahaja.
“Filem BoBoiBoy yang pertama memerlukan 13 hari untuk mendapat jumlah yang sama. Ini menunjukkan penonton di Malaysia sudah menerima dan menyokong animasi tempatan,”
Siri jelajah akan diteruskan di beberapa negeri lagi pada minggu hadapan. Jika minggu lalu siri jelajah serentak berlangsung di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Lembah Klang. Ianya akan diteruskan di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang pula.
BOBOIBOY Movie 2 mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 8 Ogos lalu.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments