Bermula sebagai penyampai jemputan di Suria ketika kempen ‘Super 8 Suria’ sekitar awal tahun 2019, kini Fara Fauzana kembali mengubati kerinduan peminatnya untuk bertugas di konti radio bersama ‘Team Pagi Suria’.
Pastinya akan membuatkan slot pagi di suria yang dikendalikan oleh Issey dan Fizi Ali akan lebih gamat lagi dengan kehadiran beliau.
“Tidak kira di stesen mana kita bersiaran, yang paling penting adalah kita fokus kepada pendengar, janji mereka gembira dengarkan kita ke udara,” – Fara Fauzana
Tambah Fara lagi, kemunculannya sebagai penyampai bersama Team Pagi Suria adalah bagi menambahkan lagi kemeriahan suasana Team Pagi Suria bersama Issey dan Fizi Ali.
Menurut Pengurus Kanan Suria, Cik Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan nama DJ Lin, pemilihan Fara Fauzana sebagai taruhan terbaru Suria merupakan salah satu initiatif dalam memperkukuhkan lagi jenama Suria.
Kehadiran Fara Fauzana diharapkan dapat menceriakan dan menghidupkan pagi pendengar Suria menerusi isi kandungan program yang lebih segar, menarik dan interaktif sekaligus menjadikan Suria sebagai stesen radio pilihan rakyat Malaysia.
Bermula 26 Ogos 2019 (Isnin) slot pagi di Suria dikenali dengan nama Team Pagi Suria x Fara Fauzana akan berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat seawal 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments