Neon Band Kini Tampil Dengan Single Ke-3 : KACA

Neon Band Kini Tampil Dengan Single Ke-3 : KACA

Single ketiga kumpulan Neon Band iaitu Kaca dianggap cukup istimewa kerana buat pertama kalinya mereka tampil dengan muzik video (MV).

Kumpulan yang ditubuhkan sejak 2017 itu dan dianggotai enam anak muda iaitu Nik Shazrul Ezwan Che Mohd Ariff (Ezwan Ariff) selaku vokalis, Adam Sulaiman Abdul Rahman (Adam Svl- Gitar), Mohd Shafiq Muhammad Sharif (Shafique Sharif – Gitar 2), Mohammad Azuad Abdullah (Azuad Abdullah – pemain dram), Mohd Danial Firdaus (Danial – Keybord) dan Mohamad Nurulnaim Mohamed Sapuan (Naim – Basis) mengakui tidak sabar untuk melihat hasil MV itu.

Menariknya, muzik video itu mendapat sentuhan pelakon hebat, Datin Seri Umie Aida selaku pengarah.

Vokalisnya, Ezwan Ariff berkata, penerbitan MV itu diharap dapat melonjakkan lagi lagu ciptaan sepenuhnya oleh Atiqah Noor itu.




Dua single sebelum ini kami hanya ada video lirik saja. Kali ini, ia berbeza apabila syarikat rakaman iaitu Seventeen Eleven menerbitkan MV. Sesuatu yang membanggakan buat kami juga apabila MV ini diarahkan oleh Datin Seri Umie Aida. Ini pertama kali kami berjumpa dan bekerjasama.

Jalan cerita MV adalah hasil perbincangan bersama. Selepas Umie mendengar lagu ini, dia terus dapat gambaran mengenai jalan cerita yang ingin diketengahkan. Tak sabar nak tunggu hasilnya yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi. Sekali gus dapat melonjakkan lagi populariti lagu ini,”

KACA Neon Band

Menurut Ezwan, penerbitan MV itu juga adalah percubaan pertama dirinya dan anggota lain berlakon yang dianggap cukup asing.

Meski berasa kekok, Ezwan berterima kasih kepada pelakon filem Dukun itu kerana banyak memberi tunjuk ajar.

“Diakui memang sangat kekok. Ini pertama kali kami berlakon dengan jalan cerita seperti drama. Apa boleh dikatakan, bukan mudah menjadi pelakon.

Bekerja di bawah arahan Umie agak menakutkan. Dia seorang yang ‘lagend’. Memandangkan kami tak boleh berlakon, apatah lagi saya yang terbabit dalam banyak babak, dia memang tegas.

Kami cuba juga buat apa yang diinginkan. Selagi tak betul, kami akan buat. Sepanjang hampir dua hari penggambaran, dia tak pernah menjerit, tapi dia jelingkan saja,”

Khas buat peminat Neon Band muzik video ‘Kaca’ kini boleh tonton di Youtube channel Seventeen Eleven Music!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga