UNI Makin Menjadi di Suku Akhir Muzikal Lawak Superstar

UNI Makin Menjadi di Suku Akhir Muzikal Lawak Superstar

Ropie Cecupak yang tampil sebagai pelakon undangan bagi kumpulan UNI ternyata ‘menjadi’ apabila kumpulan itu dinobatkan ‘Superstar of the Week’!

Malam Suku Akhir di ‘Muzikal Lawak Superstar’ sarat dengan momen-momen yang tidak dijangkakan. Rancangan siaran langsung itu membuka tirainya dengan pengumuman penampilan hos jemputan Sherry Al Hadad sebagai pengganti kepada Nabil Ahmad.

Dua lokasi diberikan kepada para peserta iaitu ‘Hab Pengangkutan’ dan ‘Pusat Tarikan Pelancong’ untuk dilakonkan. Lokasi pertama perlu dilakonkan oleh kumpulan peserta sedia ada. Kemudian, para peserta ini diberikan peluang untuk menjemput pelakon undangan pilihan mereka untuk menyerikan persembahan kedua!

Sebanyak enam kumpulan sahaja yang masih kekal berentap di pentas minggu separuh akhir untuk digelar juara ‘Muzikal Lawak Superstar’.

Tidak boleh dinafikan pertembungan sengit pertandingan komedi ini kerana setiap persembahan ternyata hebat dan menerima sorakan gemuruh penonton. Lagi-lagi dengan kemunculan Syaiful Zero (Melati) untuk persembahan kedua VOICES, Ropie Cecupak untuk UNI, Ajak Shiro untuk TITANS, Shahrol Shiro untuk BOTAK, Jaafar Onn untuk NEWBOH serta Kamarool Haji Yusoff a.k.a ‘Che Man’ untuk kumpulan JBORN!

Persembahan mereka yang amat melucukan menjadikan pengumuman ‘Bottom Three’ cukup mengejutkan – kumpulan BOTAK, NEWBOH dan TITANS. Namun – tidak ‘Muzikal Lawak Superstar’-lah kalau tiada kejutan – tiada penyingkiran diumumkan! Mereka pula di ‘denda’ dengan lagu yang wajib diselitkan dalam persembahan akan datang iaitu ‘Joget Angan Tak Sudah’ oleh Jay Jay.

Ketiga-tiga kumpulan ini berjaya untuk mara ke pusingan seterusnya iaitu ‘Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar’ dengan tema dua lokasi dan dua persembahan – Pusat Rekreasi dan Kenduri Kahwin!

Jom saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen ‘luar jangkaan’, hanya di ‘Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar’ pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga