“All Stars Buka Panggung” Buka Tirai Pada 6 September 2019

“All Stars Buka Panggung” Buka Tirai Pada 6 September 2019

“All Stars Buka Panggung” buka tirai rasminya Jumaat ini (6 September) bersama Datuk Aaron Aziz, Yusry Abdul Halim, Liyana Jasmay & Naim Daniel !

‘All Stars Buka Panggung’ yang merupakan sebuah pertandingan stagecom (komedi pentas) dari Astro berkonsepkan realiti yang menampilkan nama-nama besar industri lakonan tempatan yang dicabar untuk mencuba nasib dalam seni komedi improv.

Bermula 6 September 2019 ini, ‘All Stars Buka Panggung’ bakal menyerikan saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124) secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam, pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam.

Untuk pilihan alternatif, ia boleh distrim secara langsung menerusi platform digital Astro GO dan ‘On Demand’.

Keunikan program ini terletak pada formatnya di mana ia menguji dan mencabar pelakon terhebat tanah air untuk beraksi dalam babak komedi pentas yang penuh dengan elemen kejutan.

Sidang Media dan Pengenalan Artis All Stars Buka Panggung
Gambar Sekitar Sidang Media dan Pengenalan Artis All Stars Buka Panggung

Peserta tidak akan diberikan sebarang pembayang mengenai situasi dan set sketsa di sebalik tirai tetapi mereka hanya akan mengetahui situasi tersebut di saat tirai dibuka dan apabila mereka melangkah masuk ke dalam set sketsa di pentas ‘All Stars Buka Panggung’.

Dalam erti kata lain, tanpa sebarang skrip disediakan, peserta perlu mengadaptasi kepada situasi yang ditugaskan dan membuat improvisasi dialog mereka sendiri sambil berlakon.

Jom sertai hos kami Ajak dan Shahrol Shiro bersama peserta minggu pertama – Datuk Aaron Aziz, Yusry Abdul Halim, Liyana Jasmay dan Naim Daniel – dan saksikan persaingan sengit antara mereka untuk bergelar ‘Juara Mingguan’!

Juara Mingguan ini kemudiannya akan kembali di minggu keenam, iaitu minggu separuh akhir di mana mereka diperlukan untuk berentap sekali lagi demi memastikan kedudukan mereka di pentas akhir.

Hanya 4 orang peserta sahaja bakal beraksi di pusingan kemuncak bagi merebut gelaran juara seterusnya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga