Tepati Ramalan, JBORN Juara ‘Muzikal Lawak Superstar’ 2019

Tepati Ramalan, JBORN Juara ‘Muzikal Lawak Superstar’ 2019

Menepati ramalan ramai, kumpulan yang dianggotai Joey, Khir Rahman, dan Vicha ~ JBORN menang besar di pentas akhir ‘Muzikal Lawak Superstar’ dan membawa pulang RM150,000!

Setelah berhempas pulas berlawak jenaka selama sepuluh minggu berturut-turut, perjuangan kumpulan JBORN yang dianggotai Khir Rahman, Vicha dan Joey berakhir dengan kemenangan mereka sebagai juara ‘Muzikal Lawak Superstar’ yang membawa pulang wang tunai sejumlah RM150,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro dengan peratusan tertinggi sebanyak 63.66%.

Ternyata menang besar, gelaran ‘Superstar Musim Pertama’ yang memberi pengiktirafan terulung kepada peserta yang paling menyerlah bagi program muzikal komedi itu pula dianugerahkan kepada Joey dari kumpulan JBORN atas bakatnya membawa watak-watak yang melucukan dan penuh variasi pada setiap minggu!

Kebolehan Joey menghidupkan setiap watak yang diberikan telah membuatkan kesemua juri, audiens dan peminat tidak kering gusi dari hari pertama pentas dibuka pada minggu pertama sehinggalah melabuhkan tirainya secara rasmi pada hari Jumaat lalu.

Finalist Muzikal Lawak Superstar 2019

Diadili dengan 50% undian dan 50% markah juri, gelaran Naib Juara dimenangi oleh kumpulan UNI dengan peratusan markah sebanyak 60.25% yang membawa pulang hadiah wang tunai RM75,000 dan sebuah trofi.

Kumpulan NEWBOH pula berjaya memenangi tempat ketiga dengan peratusan 44.86% dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan sebuah trofi.

Di tangga keempat adalah kumpulan BOTAK dengan peratusan 42.88%, tidak pulang dengan tangan kosong, malah turut memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 dan sebuah trofi.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga