Makyung Raja Besar Maha Gading di Istana Budaya (11-13 Oct 2019)

Makyung Raja Besar Maha Gading di Istana Budaya (11-13 Oct 2019)

Teater Makyung Raja Besar Maha Gading yang akan mula ditayangkan bermula 11 hingga 13 Oktober 2019, jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Teater tradisional ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Rosnan Rahmat, Nad Zainal, Naque Ariffin, Izzue Islam dan ramai lagi. Persembahan berdurasi dua jam lebih ini diiringi juga oleh pemuzik dari Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Teater Makyung Raja Besar Maha Gading Bakal Dipentaskan di Istana Budaya

Kisah bermula apabila Raja Besar Maha Gading menyuruh Wak Nujum menilik nasib anak-anaknya seramai tujuh orang, untuk menentukan siapa yang boleh menggantikan tempatnya untuk memerintah di dalam negeri tersebut. Setelah diberitahu hanya Raja Bongsu sahaja yang boleh menggantikan tempatnya, maka anak-anak yang lain menaruh perasaan dendam dan merancang untuk membunuh Raja Bongsu.

Setelah membuat tipu-helah Raja Bongsu dibawa ke padang luas dan dicampak ke dalam telaga. Nasibnya baik kerana telah diselamatkan oleh Tok Peraih Sireh dan mempelawa tinggal bersama di pondoknya. Raja Besar dan isterinya begitu sedih semenjak kehilangan Raja Bongsu.

Raja Besar mendapat tahu dari pengasuhnya bahawa ada Raja baru yang tinggal di hujung kampong dan sangat terkenal dengan sifat baik hati dan kaya raya, lalu menyuruh pengasuh menjemput Raja baru itu mengadap beliau untuk berkenalan. Raja Besar terkejut apabila melihat rupa paras Raja baru itu, kerana berasa ada sesuatu yang di rahsiakan.

Raja besar bertanya asal-usulnya. Dengan tidak berselindung, Raja Bongsu memberitahu siapa dirinya yang sebenarnya dan juga tentang adik beradik yang ingin membunuhnya.

Apabila mendengar cerita kejahatan anaknya yang lain, Raja Besar begitu marah dan berhasrat untuk menghukum keenam-enam anaknya itu tetapi dihalang oleh Raja Bongsu dengan syarat mereka tidak boleh menjadi raja untuk memerintah negeri. Kesudahannya, Raja Bongsu ditabalkan menjadi raja.

Harga Tiket – Makyung Raja Besar Maha Gading

Harga tiket dijual pada harga RM57, RM77, RM97, RM117 dan RM157 dan boleh dibeli menerusi www.airasiaredtix.com bermula 27 Ogos 2019 atau terus ke Kaunter Box Istana Budaya yang dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang untuk hari-hari sebelum pementasan dan 10 pagi hingga 9 malam sepanjang pementasan berlangsung.

11 OKT 2019 (Jumaat) 8:30PM
12 OKT 2019 (Sabtu) 8:30PM
13 OKT 2019 (Ahad) 8:30PM

Diskaun harga sebanyak 30 peratus diberi kepada golongan OKU, warga emas dan pelajar, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga