Peserta Gegar Vaganza 6 Bangkit Merevolusi Diri & Muzik

Peserta Gegar Vaganza 6

Peserta Gegar Vaganza 6 Bangkit Merevolusi Diri & Muzik

Gegar Vaganza 6

Gegar Vaganza musim keenam akan bermula pada 13 Oktober.Siapakah artis kegemaran anda?

Dikirim oleh Hye Bro pada Jumat, 27 September 2019

Pertandingan nyanyian yang menampilkan barisan penyanyi profesional, ‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ mengumumkan tirai pentas utamanya untuk musim keenam akan kembali dibuka secara rasmi mulai 13 Oktober ini.

Sekali lagi dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, 9.00 malam, musim terbaharu ini bakal menampilkan 13 peserta, terdiri daripada penyanyi solo, duo dan berkumpulan.

Untuk edisi kali ini, 13 peserta yang terdiri daripada sebelas peserta solo dan masing-masing satu peserta berkumpulan dan duo, kini bersiap siaga sepenuhnya untuk berentap di pentas berprestij satu-satunya program hiburan tanah air yang mengangkat kembali nama-nama penggiat portfolio seni yang pada suatu ketika dahulu pernah mengecapi kegemilangan dan diminati ramai.

Mereka terdiri daripada :-

  • Sham (VISA),
  • Wann, Jatt,
  • Mazleela,
  • Roy,
  • Feeza,
  • Ameer (SOFAZR),
  • Noorshila Amin,
  • Hady Mirza,
  • Nurfatima,
  • Naqui (BOBOY),
  • kumpulan KOOL
  • kumpulan ONE NATION EMCEES.

Peserta Gegar Vaganza 6

Gegar Vaganza 6 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan.

Maestro tersohor, Datuk Haji Ramli MS masih lagi dikekalkan sebagai juri tetap yang akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Menemani Ramli MS di posisi juri tetap adalah biduanita tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang.

Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.

Juara ‘GV6’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.

Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM30 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM20 ribu, RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi.

Rangkaian program ‘GV6’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul, ‘Kapsul Gegar Vaganza’. Program kapsul ini akan bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 7 Oktober 2019

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga