Santesh Tersingkir, Neeta Manisha Terus ‘Terbang Tinggi’

Santesh Tersingkir, Neeta Manisha Terus ‘Terbang Tinggi’

Peserta ‘favourite’, Santesh tersingkir di minggu 6, namun Neeta Manisha terus ‘terbang tinggi’ apabila berjaya meraih gelaran ‘BBNU of the Week’ kali kedua di pentas Big Stage 2019.

Konsert Big Stage 2019 minggu keenam telah berlangsung dengan sangat meriahnya, menyaksikan lapan bintang BBNU menyampaikan dua persembahan iaitu lagu pilihan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga ‘Battle Round’.

Bintang dari Korea Selatan, Han Byul kekal mengungguli kedudukan pertama dengan markah terkumpul sebanyak 83.67 peratus. Persembahan konsisten dari penyanyi yang berumur 29 tahun itu menerusi lagu berjudul “Love Someone” nyanyian asal Lukas Graham telah mendapat pujian yang positif dari juri jemputan iaitu Dayang Nurfaizah.

Diumumkan sebagai pemenang “Bintang Pilihan Big Stage” selama dua kali berturut-turut iaitu pada minggu keempat dan kelima, Neeta Manisha berada di kedudukan kedua dengan jumlah markah 81.00 peratus.

Bintang berusia 25 tahun itu terus konsisten dalam menampilkan persembahan yang berkualiti menerusi lagu popular Adira berjudul “Pujaan Hati”. Selain itu, BBNU yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Adzrin, mendapat pujian yang melambung dari Dayang Nurfaizah atas pemilihan lagu yang tepat dan suara yang sangat bersesuaian menerusi lagu yang berjudul “Jangan Cintai Aku Apa Adanya” nyanyian asal Tulus.

Dalam pada itu, Adzrin telah memperolehi markah sebanyak 78.33 peratus dari juri dan meletakkan beliau di kedudukan ketiga dalam carta pemarkahan.

Sementara itu, di pusingan “Battle Round” Han byul dan Neeta mempersembahkan nyanyian yang sangat luar biasa di mana mereka mempamerkan kekuatan masing-masing menerusi lagu yang bertajuk “Bang Bang” nyanyian Jessie J, Ariana Grande dan Nicki Minaj, Di samping itu, pertarungan antara Kucaimars dan Fieya Julia pula dilihat mendatar menerusi lagu yang berjudul “Hutang” nyanyian asal Floor 88.

Selain itu, pusingan “Battle” di antara Adzrin dan Irfan Haris dilihat kedua-duanya saling melengkapi dalam mempersembahkan lagu popular Faizal Tahir iaitu “Mahakarya Cinta”. Diikuti Dinda Permata dan Santesh mempamerkan aksi yang berbeza pada pusingan kedua dengan lebih bertenaga menerusi lagu yang bertajuk “Lagu Untukmu” nyanyian asal Meet Uncle Hussain.

Cerita yang berbeza buat Fieya Julia, Dinda Permata dan Santesh yang tersenarai di kedudukan terendah. Persembahan penuh beremosi yang dipersembahkan oleh Fieya Julia menerusi lagu bertajuk “Kamu dan Kenangan” nyanyian asal Maudy Ayunda telah meletakkan beliau di tangga tiga tercorot dengan markah 69.83 peratus.

Persembahan Dinda Permata yang mengumpul markah sebanyak 72.50 peratus menerusi lagu berjudul “Anta Permana” nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dikritik hebat. Namun begitu, Judika telah membuat keputusan untuk menggunakan kuasa imuniti juri yang terakhir bagi menyelamatkan Dinda dari tersingkir.

Tujuh bintang BBNU mara ke minggu ketujuh Big Stage 2019

Tujuh bintang BBNU yang berjaya mara ke minggu ketujuh ‘Big Stage 2019’

Selain itu, satu-satunya bintang BBNU yang sering kali cemerlang serta mempamerkan aksi yang sangat bertenaga iaitu Santesh, telah mempersembahkan lagu yang bertajuk “Jikalau Kau Cinta”, namun beliau telah dikritik hebat oleh Judika selalu penyanyi asal lagu tersebut kerana gagal menghafal lirik dengan baik dan mempamerkan persembahan yang kurang memuaskan.

Oleh yang demikian, keputusan yang sangat mengejutkan buat Santesh apabila beliau diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Santesh merekodkan jumlah sebanyak 70.50 peratus.

Dengan itu, hanya tujuh peserta bakal meneruskan perjuangan di pentas separuh akhir Big Stage 2019, pada Ahad in.

Pada minggu ketujuh (Separuh Akhir), kesemua peserta bakal mempersembahkan dua persembahan yang bertemakan “Road to Final” dan juga “Duet”. Dengan itu, persaingan di antara mereka akan pasti bertambah sengit di mana kesemua Bintang BBNU akan mempersembahkan nyanyian secara solo di pusingan pertama dan akan berduet bersama penyanyi sensasi tanah air di pusingan kedua.

Mampukah Han Byul serta pasangan duetnya Siti Sarah mempersembahkan lagu yang bertajuk “Dirgahayu” nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir dengan baik? Bayangkan Neeta yang akan berduet bersama penyanyi serta komposer terkenal tanah air iaitu Hael Husaini menerusi lagu yang berjudul “Terlanjur Cinta” nyanyian Rossa dan Pasha?

Adakah Neeta akan merangkul gelaran ‘BBNU of the Week’ kali ketiga? Bintang manakah yang bakal melayakkan diri ke peringkat akhir? Sama-sama kita saksikan Ahad ini!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga