Dinda Permata Menyerlah! Syada Amzah, Chaleeda Gilbert Tersingkir Dari Big Stage 2019

Dinda Permata Menyerlah! Syada Amzah, Chaleeda Gilbert Tersingkir Dari Big Stage 2019

Persaingan makin sengit – Syada Amzah, Chaleeda Gilbert tersingkir! Dinda Permata berjaya meraih gelaran ‘BBNU of the Week’ di minggu kelima Big Stage 2019!

Pentas Big Stage 2019 minggu kelima mempamerkan persembahan yang sangat menghiburkan. Menggalas tugasan yang diberikan pada minggu tersebut yang bertemakan ‘Cannot Brain’, minggu itu telah menguji tahap kemampuan sebenar setiap peserta yang perlu membawakan lagu-lagu yang berbeza dan di luar genre kebiasaan mereka.

Konsert kelima Big Stage 2019 sekali lagi menyaksikan persembahan yang cemerlang dari Bintang Korea Selatan iaitu Han Byul yang menyanyikan lagu berentak dangdut berjudul ‘Yang Sedang Sedang Saja’ nyanyian asal Iwan yang mana melayakkan beliau menerima pujian melambung dan reaksi cukup positif dari juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza!

Di samping itu, Han-byul kembali mendominasi kedudukan pertama dalam carta pemarkahan setelah mendapat markah tertinggi dari juri sebanyak 82.00 peratus.

Mengekori rapat adalah bintang yang berasal dari Kedah, Neeta Manisha, di kedudukan kedua dengan jumlah markah 81.67 peratus. Bintang berusia 25 tahun itu menampilkan persembahan yang sangat berkualiti menerusi lagu soundtrack rasmi dari filem ‘Crazy Rich Asians’, nyanyian Grace Change berjudul ‘Wo Yao Ni De Ai’ serta mendapat pujian dari Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan.

Selain itu, Santesh sekali lagi membuktikan kemampuan beliau sebagai penyanyi serba boleh apabila berjaya mempersembahkan nyanyian yang penuh bertenaga menerusi lagu pop Korea yang bertajuk ‘Gangnam Style’ oleh Psy. Santesh juga diberikan komen yang bagus dari juri tetap, Cakra Khan serta mengumpul markah sebanyak 77.83 peratus.

Dalam pada itu, pentas Big Stage 2019 minggu lalu menyaksikan Adzrin, Syada Amzah dan Chaleeda Gilbert tersenarai di kedudukan yang terendah. Persembahan yang dipamerkan oleh Syada Amzah menerusi lagu yang berjudul ‘Sembilu’ nyanyian ratu rock negara Ella kurang memuaskan hati juri terutamanya Cakra Khan.

Tinggal 8 Peserta Big Stage 2019

8 Peserta Big Stage 2019

Dengan itu, Syada Amzah telah merekodkan jumlah markah sebanyak 68.00 peratus dan beliau diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kelima.

Diikuti bintang BBNU yang berasal dari Thailand, Chaleeda Gibert yang mempersembahkan lagu yang bertajuk ‘Girlfriend’ nyanyian Avril Lavigne dikritik hebat oleh Yusry Abdul Halim yang menyatakan bahawa vokalnya tidak bersesuian dengan lagu!

Nasib tidak lagi menyebelahi beliau pada minggu itu menyaksikan Chaleeda Gilbert tersungkur dengan markah terendah sebanyak 62.00 peratus. Beliau diumumkan sebagai peserta kedua yang juga tersingkir dari pentas Big Stage 2019.

Oleh yang demikian, hanya lapan peserta bakal untuk meneruskan perjuangan di pentas Big Stage 2019.

Pada minggu keenam, kesemua peserta bakal mempersembahkan dua persembahan iaitu lagu pilihan daripada juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga ‘Battle Round’. Dengan itu, persaingan di antara mereka akan pasti bertambah rancak di mana kesemua Bintang BBNU akan berentap sesama mereka dengan lagu yang akan diberikan.

Mampukah kesemua bintang BBNU mempersembahkan lagu yang dipilih sendiri oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan baik? Mampukah Santesh mempersembahkan lagu yang bertajuk ‘Jikalau Kau Cinta’ nyanyian asal oleh juri tetap, Judika? Bagaimana pula dengan persembahan Dinda Permata dengan lagu ‘Anta Permana’, nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza? Siapakah pula yang akan merangkul gelaran ‘BBNU of the Week’ pada malam itu? Bintang manakah yang bakal tersingkir? Sama-sama kita saksikan Ahad ini!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga