Senarai 12 Finalis Pencarian Dewi Remaja 2019

Senarai 12 Finalis Pencarian Dewi Remaja 2019

‘Pencarian Dewi Remaja’ kini kembali dengan misi utama mencari seorang personaliti remaja yang boleh dijadikan contoh terbaik khususnya untuk generasi muda hari ini.

Hadir dengan tema ‘Pesonakan Bintangmu’, Dewi Remaja bukan sahaja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal yang positif, ia juga menjadi platform untuk mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik; sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh peserta Dewi Remaja terdahulu.

Melalui paparan 8 episod (berdurasi satu jam setiap episod), program ‘Dewi Remaja 2019’ akan menampilkan pemenang Dewi Remaja 2005/2006, Scha Al-Yahya sebagai Juri Tetap.

Ini merupakan kerjasama ketiga berturut-turut di antara Scha dan pihak produksi Remaja, yang mana dalam dua edisi pertama, Scha menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program, masing-masing untuk ‘Pencarian Hero Remaja 2017’ dan ‘Pencarian Dewi Remaja 2018’.

Scha akan digandingkan bersama penyanyi, pelakon, produser dan pengarah filem hebat, Yusry Abdul Halim. Pemilihan Yusry dibuat selepas mengambil kira pengalaman beliau di dalam pelbagai cabang seni dan kebolehan beliau menggilap bakat-bakat baru untuk menghiasi persada seni tanah air.

Dalam pada itu, pelakon, pengacara, model dan personaliti jelita, Amelia Henderson dipilih sebagai pengemudi utama (pengacara) bagi ‘Dewi Remaja 2019’.

12 Finalis ‘Pencarian Dewi Remaja 2019

12 Finalist Dewi Remaja 2019

Menerima hampir 600 penyertaan (lebih dari jumlah tahun lalu seramai 457 peserta) melalui sesi uji bakat terbuka yang diadakan selama empat hari pada September lalu di Shah Alam.

Seramai 20 orang calon peserta Dewi Remaja telah terpilih untuk saringan akhir seperti yang telah diumumkan. Walau bagaimanapun, hanya 12 orang sahaja yang akan memenuhi slot selaku finalis.

12 finalis ‘Pencarian Dewi Remaja 2019’ yang berjaya diserap masuk adalah :-

  1. ANDRIANNA FERNANDEZ (19, Kuala Lumpur),
  2. SHAZA NURIMAN (24, Kuala Lumpur),
  3. NYNAA HARIZAL (23, Selangor),
  4. SHARLINA GILBERT (23, Sabah),
  5. MYRA NATASHA (24, Selangor),
  6. SYAMIRA IZZATI (22, Selangor),
  7. SAIDAH SYAHIRAH (23, Selangor),
  8. ADRIANA GHAFAR (21, Johor),
  9. SYAZA AZRA (19, Negeri Sembilan),
  10. SHATIRAH AMANDA (19, Kelantan),
  11. NINA AMIN (23, Selangor) dan
  12. AISHAH AZHAN (24, Selangor).

Program ‘Dewi Remaja 2019’ akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 26 Oktober 2019.

Bagi mengikuti info terbaru mengenai program Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 pula, anda boleh kunjungi laman web www.remaja.my/dewi,

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga