13 Bintang Buka Pentas ‘Gegar Vaganza 2019’

13 Bintang Buka Pentas ‘Gegar Vaganza 2019’

13 bintang buka pentas ‘Gegar Vaganza 2019’ dengan persembahan mantap dan ‘berapi-api’ dan Jatt Ali mendahului carta minggu pertama di kedudukan selesa, jauh meninggalkan peserta lain!

Bertemakan ‘Lagu Ke Artis’, kesemua mereka telah mempersembahkan lagu signature masing-masing dengan baik sekali.

Jatt Ali telah diumumkan sebagai juara mingguan selepas beliau berjaya meletakkan dirinya di kedudukan yang pertama dengan mengumpul markah tertinggi sejumlah 84.67 peratus. Menyanyikan lagu popularnya, ‘Cahaya Adilfitri dan Khayalan’, Jatt telah mendapat pujian yang begitu positif dari kedua-dua juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juri jemputan, Ratu Rock, Ella.

Manakala seorang lagi bintang dari Singapura, Hady Mirza yang menyanyikan lagu yang berjudul ‘Angkasa’ dan Wann yang menpersembahkan lagu popular miliknya iaitu ‘Bossanova’ berkongsi kedudukan di tempat kedua selepas mereka memperoleh markah yang sama sebanyak 74.33 peratus.

Pada minggu pertama juga telah menyaksikan Naqiu Boboy dipilih sebagai penerima sulung anugerah ‘Artis Cili Padi Paling Power’ selepas beliau menyanyikan lagu ‘Episod Cinta’ dengan penuh penghayatan serta kawalan pentas yang sempurna.

Anugerah ‘Artis Cili Padi Paling Power’ ini diberikan hasil penilaian penuh dari juri di mana penyanyi yang paling sedikit melakukan kesilapan semasa melakukan persembahan, bakal menerima anugerah ini.

Jatt Ali Gegar Vaganza 2019

Jatt Ali mendahului carta minggu pertama di kedudukan selesa, jauh meninggalkan peserta lain!

Pada minggu kedua pula, kesemua bintang GV2019 bakal mempersembahkan lagu yang bertemakan ‘Cari Makan’ di mana mereka perlu menyanyikan lagu yang sering kali dipersembahkan. Dengan itu, persaingan di antara mereka pasti lebih mencabar kerana kebanyakan mereka ditugaskan membawa lagu sendiri dan perlu mengurangkan kesilapan dalam persembahan.

Mampukah kesemua bintang GV2019 mengekalkan mempersembahkan nyanyian yang cemerlang dengan lagu tugasan yang diberikan pada minggu hadapan?

Adakah Jatt Ali akan terus mendahului carta dengan mempersembahkan lagu popular kumpulan beliau, Black Dog Bone pada tahun 1979 iaitu ‘Dulu dan Sekarang’? Atau mungkinkah peserta kegemaran ramai yang diberi gelaran Iron Man @ Tony Stark Malaysia, Sham Visa bakal membuat kejutan dengan lagu popular beliau, ‘Untukmu Selamanya’?

Mungkinkah juga Wann berjaya mengurangkan style nyanyian ‘ahak ahak’ beliau dengan lagu ‘Lamunan Terhenti’ yang juga merupakan nyanyian asalnya sendiri? Juga, adakah minggu kedua akan ada penyingkiran yang pertama buat bintang GV2019?

Nantikan bersama-sama pada Ahad ini.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga