“Dato” S Angkat Kisah Penipuan Duit Haram & Isu ‘Scammer’

“Dato” S Angkat Kisah Penipuan Duit Haram & Isu ‘Scammer’

Selepas kejayaan percubaan pertamanya ‘The Hantus”, Nabil Ahmad sekali lagi menzahirkan buah tangan terbaharu, “Dato” S yang bakal disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480), mulai 24 Oktober 2019.

Filem arahan pengarah berbakat besar, Shahrol Esham ini merupakan idea asal Nabil sendiri dan diterbitkan oleh KMN Production Sdn Bhd dengan kerjasama Cinemalaya Sdn Bhd. Nabil turut bertindak sebagai Penerbit dan merupakan salah seorang yang terlibat secara langsung dalam penulisan skrip naskhah ini.

Nabil Ahmad Dato S

Cerita ini adalah dari pengalaman saya ketika menjalani salah satu kelas suatu ketika dahulu untuk melancarkan skil percakapan, keyakinan dalam bidang pengacaraan saya. Dari situ saya telah berbincang dengan penulis skrip, dan berkongsi idea untuk mancantikkan lagi jalan cerita supaya ianya lebih menarik untuk ditonton – Nabil Ahmad

“Dato” S Angkat Kisah Penipuan Duit Haram & Isu ‘Scammer’

“Dato” S menampilkan pendekatan yang berbeza dan cukup berani apabila mengangkat isu-isu semasa yang membimbangkan dan kian berleluasa di kalangan masyarakat hari ini, terutamanya berkaitan dengan penipuan duit haram, isu “scammer”, penyamaran dan sebagainya.

Berkonsepkan aksi-komedi dan plot penceritaan yang mendebarkan, “Dato” S diperhebatkan dengan kehadiran nama-nama besar industri sebagai tonggak utama seperti Kamal Adli, Puteri Aisyah, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz.

Saksikan juga penampilan istimewa pelakon popular, Dato’ Jalaluddin Hassan bersama aktivis NGO, saudara Yusuf Azmi dan Penerbit Eksekutif “Dato” S, Dato’ Khairil Muzamil.

Memegang watak utama sebagai Sazali (lakonan Kamal Adli), beliau merupakan seorang jurujual yang mempunyai perwatakan menarik serta berkeyakinan tinggi.

Menerusi kelebihan ini, Sazali kerap menipu orang ramai dengan pelbagai aktiviti ‘scammer’ seperti skim cepat kaya, menawarkan pakej-pakej istimewa untuk menunaikan umrah dan haji ataupun menjalankan ibadah korban, pertandingan gores dan menang, penjualan tanah, penipuan atas talian, skim pelaburan mata wang ‘bitcoin’ dan banyak lagi.

Sazali berjaya memperdayakan ramai ahli perniagaan di mana mereka telah membuat pelaburan yang tinggi dan pada usia pertengahan 30-an, Sazali menjadi jutawan dan hidup dengan penuh kesenangan.

Namun begitu, setiap penipuan dan aktiviti jenayah yang dilakukan Sazali ini mendapat tentangan isteri beliau, lakonan Zulin Aziz. Sazali alpa dalam dunia baru beliau sehinggakan isteri dan anak meninggalkannya.

Akibat penipuannya, Sazali diekori dua anggota polis iaitu Arman dan Bunga (lakonan Fikry Ibrahim dan Puteri Aishah) yang menyamar sebagai rakan kongsi “Dato” S untuk membongkarkan skim penipuannya.

Taktik penyamaran yang dilakukan oleh Arman dan Bunga berjaya membuahkan hasil apabila satu demi persatu aktiviti “Dato” S dapat dirungkai.

Apakah langkah seterusnya yang harus dilakukan si ‘con-man’ Sazali ini? Bagaimanakah pula pengakhiran cerita beliau? Nantikan kesudahannya dalam “Dato” S yang bakal menemui penonton mulai 24 Oktober ini.

FTV Astro First Eksklusif Dato S

“Dato” S bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 24 Oktober 2019. Dengan hanya RM 15.00, penonton boleh menonton “Dato” S secara berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, FTV ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, ‘On Demand’.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga