Gegar Vaganza 2019 : Mazleela Peserta Pertama Tersingkir

Gegar Vaganza 2019 : Mazleela Peserta Pertama Tersingkir

Konsert Gegar Vaganza minggu lalu juga menyaksikan beberapa kejutan terutamanya apabila bintang yang berada di kedudukan teratas di minggu pembukaan berada di antara tiga yang terakhir pada minggu lalu!

Jatt Ali terpaksa akur dengan markah sebanyak 54.00 peratus, meletakkan beliau di kedudukan tiga terbawah, bersama Ameer Sofarz dan Mazleela.

Namun begitu, kelukaan beliau dilihat terubat apabila diumumkan sebagai ‘Bintang Cuckoo Paling Gempak’ kerana memperolehi markah undian tertinggi di atas talian (online).

‘Setiap yang bermula pasti akan berakhir’. Ungkapan ‘keramat’ itu dilihat seakan-akan terpalit dengan Mazleela, peserta pertama yang meninggalkan pentas Gegar Vaganza 2019.

Selepas dua minggu berada di kedudukan tercorot, Mazleela yang menyampaikan lagu ‘Apa Khabarmu Di Sana’, nyanyian asal Ramlah Ram terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat para juri.

Bertemakan ‘Cari Makan’, minggu tersebut menyaksikan kebanyakan peserta membuat persembahan dengan lagu masing-masing, manakala beberapa bintang yang lain mempersembahkan lagu-lagu popular malar segar.

Naqiu Boboy telah diumumkan sebagai juara minggu kedua dengan markah terkumpul sebanyak 81.00 peratus. Menyampaikan lagu terkenal kumpulan seangkatan dengannya, New Boyz, Naqiu berjaya menyampaikan lagu ‘Meraung’ dengan penuh penghayatan sehinggakan juri tetap, Tok Ram memberi pujian melambung buat beliau.

Dalam pada itu, bintang GV2019 dari Singapura, Hady Mirza juga dilihat cemerlang dengan lagu ‘Demi Cinta’, nyanyian asal Ezad Lazim, merekodkan markah sejumlah 77.00 peratus. Hady turut diumumkan sebagai penerima anugerah ‘Artis Cili Padi Paling Power’ pada minggu tersebut.

Manakala, Mr. Iron Man @ ‘Tony Stark Malaysia’, Sham Visa pula selesa di kedudukan ketiga menerusi lagu popular kumpulan beliau sendiri (Visa), ‘Untukmu Selamanya’ dan merekodkan markah sebanyak 73.00 peratus.

Konsert minggu ketiga Ahad ini mempertaruhkan tema ‘Lagu Aneh’ dan penonton boleh menjangkakan persaingan yang lebih rancak dan sengit di kalangan bintang GV2019 kerana mereka diberi tugasan untuk menyampaikan lagu-lagu yang berbeza dan di luar genre kebiasaan mereka.

Mampukah Naqiu Boboy mengekalkan persembahan nyanyian yang cemerlang dengan lagu popular nyanyian Khai Bahar berjudul ‘#123’?

Bagaimana pula dengan Wann yang bakal mempersembahkan lagu ‘Asmaradana’, nyanyian asal Puan Sri Tiara Jacquelina?

Bolehkan Jatt Ali kembali cemerlang di tangga teratas dengan ‘Awallah Dondang’ (nyanyian Noraniza Idris), atau mampukah Hady Mirza mempersembahkan lagu rock, ‘Ibu Kota Cinta’, nyanyian Def Gab C? Nantikan bersama, Ahad ini!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga