Tepati Ramalan, Bintang Korea Selatan – Han Byul Juara Big Stage 2019

Tepati Ramalan, Bintang Korea Selatan – Han Byul Juara Big Stage 2019

Bintang dari Korea Selatan, Han Byul menepati ramalan ramai apabila beliau diumumkan sebagai Juara ‘Big Stage’ musim kedua! Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM100,000 dan sebuah kereta Perodua Axia Style serta trofi sumbangan Astro.

Pentas akhir ‘Big Stage 2019’ menyaksikan lima bintang BBNU menyampaikan persembahan yang sangat mengagumkan menerusi lagu ‘Single Baharu’ dan ‘Cover Final’.

Persembahan beliau yang cukup konsisten dari minggu ke minggu, mempersembahkan lagu-lagu pelbagai genre dan bahasa ternyata membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan di posisi teratas pertandingan.

Han Byul memukau penonton dengan persembahan hebat ‘Lose Yourself’, nyanyian asal penyanyi rap, Eminem dan ‘Luka dan Bahagia’, lagu yang ditulis oleh penyanyi popular, Haqiem Rusli.

Markah peratusan keseluruhan Han Byul sebanyak 70.33 peratus telah meletakkan seorang lagi peserta ‘favourite’, Neeta Manisha di tangga kedua (Naib Juara) dengan markah terkumpul sebanyak 68.66%. Neeta mempamerkan persaingan yang cukup sengit buat Han Byul sepanjang musim kedua, terutamanya di pentas akhir.

Versatiliti yang dimiliki oleh Neeta telah melayakkan beliau menjadi penerima anugerah ‘BBNU of the Week’ terbanyak sepanjang musim ini. Neeta telah menyampaikan lagu ‘I Wanna Dance with Somebody’, nyanyian asal Whitney Houston dan single terbaharu berjudul, ‘Ruang Mimpi’, hasil nukilan Becky Zulkepli. Neeta membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM 50,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu, bintang BBNU yang berasal dari Kuala Lumpur, Adzrin berada di kedudukan ketiga dengan markah terkumpul sebanyak 61.99 peratus. Beliau mempersembahkan lagu single terbaharu berjudul ‘Picisan’, lagu yang ditulis Farouk Roman dan ‘All of Me’, nyanyian asal John Legend. Adzrin telah membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM 25,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Bintang BBNU yang termuda, Irfan Haris diumumkan sebagai pemenang tempat keempat, manakala satu-satunya peserta dari Indonesia, Dinda Permata, terpaksa akur di kedudukan kelima. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan RM5,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro.

Nota Kaki : Tak sabar nak mengetahui siapakah peserta yang akan bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2019. Stay tune..!!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga