Naqiu Boboy Konsisten, Ameer Sofazr Tersingkir Gegar Vaganza 2019

Naqiu Boboy Konsisten, Ameer Sofazr Tersingkir Gegar Vaganza 2019

Naqiu Boboy terus konsisten di kedudukan teratas, Ameer Sofazr peserta kedua tersingkir dari Gegar Vaganza musim keenam (GV2019).

Bertemakan ‘Lagu Aneh’, Konsert ketiga Gegar Vaganza 2019 telah menguji tahap kemampuan sebenar para peserta yang perlu membawakan lagu-lagu yang berbeza dan di luar genre kebiasaan mereka.

Sekali lagi menyaksikan persembahan yang cemerlang dari Naqiu Boboy dan beliau telah diumumkan sebagai juara untuk kali keduanya (Minggu 2 & Minggu 3), dengan markah terkumpul sebanyak 82.00 peratus.

Menyampaikan lagu ‘#123’ nyanyian asal Khai Bahar serta medapat pujian yang melambung dari ketiga-tiga juri, beliau juga telah diumumkan sebagai ‘Bintang Cuckoo Paling Gempak’ kerana memperolehi markah undian tertinggi di atas talian (online).

Dalam pada itu, bintang GV2019, Jatt Ali berjaya kembali di kedudukan kedua tertinggi selepas beliau cemerlang menyanyikan lagu yang berjudul ‘Awallah Dongdang’, nyanyian asal Ratu Irama Etnik Malaysia iaitu Noraniza Idris, dengan merekodkan markah sejumlah 80.00 peratus.

Manakala, Wann pula berjaya meletakkan dirinya di kedudukan ketiga menerusi lagu popular filem Puteri Gunung Ledang, ‘Asmaradana’ nyanyian asal Puan Sri Tiara Jacquelina dengan mengumpul markah sebanyak 74.00 peratus.

Di samping itu, Nurfatima telah dipilih sebagai penerima ‘Artis Cili Padi Paling Power’ menerusi lagu yang berjudul ‘Hati Kama’ nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.

Ameer Sofazr Tersingkir Gegar Vaganza

Namun begitu, konsert Gegar Vaganza minggu lalu juga menyaksikan bintang GV2019 iaitu Feeza, Sham Visa dan Ameer Sofazr tersenarai di kedudukan tiga terendah.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Ameer Sofazr, beliau telah diumumkan sebagai peserta yang kedua tersingkir dari pentas Gegar Vaganza 2019. Selepas dua minggu berada di kedudukan terendah, beliau yang menyampaikan lagu ‘Samrah Mentari’ nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah telah dikritik hebat oleh Datuk Ramli MS yang mengatakan ‘nyanyian yang dipersembahkan tidak selari dengan muzik’.

Konsert minggu keempat pada Ahad ini mempertaruhkan tema ‘Haa Tepuk!’ di mana bintang GV2019 akan digandingkan dan berduet bersama barisan penyanyi sensasi tanah air dan juga alumni Gegar Vaganza dari musim sebelumnya dengan lagu yang telah diberikan.

Bayangkan persembahan Naqiu Boboy bergandingan bersama Juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana menerusi lagu ‘Gurauan Berkasih’ nyanyian asal Achik Spin dan Siti Nordiana. Bagaimana pula dengan Jatt Ali yang juga akan bergandingan bersama Juara Gegar Vaganza musim pertama, Ayai Ilusi menyampaikan lagu berjudul ‘Debunga Wangi’ nyanyian Lefthanded?

Bolehkan Sham Visa dan pasangan duetnya iaitu Marsha Milan kembali cemerlang di tangga teratas dengan ‘My Heart’ nyanyian asal Irwansyah dan Acha Septriasa? Nantikan bersama, Ahad ini!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga