6 Finalis Berentap Di Pentas Akhir Pendakwah Muslimah Musim Ke-5

6 Finalis Berentap Di Pentas Akhir Pendakwah Muslimah Musim Ke-5

Pentas Akhir Program Realiti Televisyen Pendakwah Muslimah Musim Kelima akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Brainy
Bunch, Cyberjaya pada 19 Oktober 2019, Sabtu, jam 9 malam.

Setelah bertahan hampir 3 bulan di kem latihan, akhirnya enam finalis diumumkan sebagai calon akhir yang layak berada di pentas kemuncak sekaligus bersaing merebut gelaran juara.

Mereka adalah Nur Asyiqin Binti Aziz, 25, Wan Nurhazila Binti Wan Azeri, 27, Nur Hidayu Binti Mohd Kamil, 27, Nurul Hanis Nadiah Binti Ngaliman, 33, Siti Annisha Binti Anuar, 26, dan Nur Aqidah Binti Mawardi, 29.

Kesemua finalis ini merupakan antara mereka yang terbaik, mampu dan berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan serta mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat.

Pendakwah Muslimah adalah sebuah program kerjasama di antara TV AlHijrah dan Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) serta Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Masih mengekalkan slogan ‘Demi Ummah’, rancangan realiti ini menyasarkan misi mencari pendakwah terbaik di kalangan wanita yang mampu menyeru ke arah kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara makruf dan mencegah perkara-perkara yang mungkar.

Para finalis ini mendapat bimbingan daripada mentor-mentor luar biasa dan hebat seperti Ustaz Mohamad Zarifi Bin Mohamad Daud, Ustazah Isfadiah Binti Mohd Dasuki dan Dr. Rosmawati Binti Mohamad Rasit.

Penjurian akhir pula akan diadili oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh dan
Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.

Kemuncak pentas akhir ini turut menampilkan gandingan Amin Idris dan Farah Diana Anuar selaku pengacara rancangan. Beberapa persembahan istimewa turut akan diselangselikan sepanjang Pandakwah Muslimah berlangsung.

Jangan lupa untuk sama-sama mengikuti Siaran Langsung Pentas Akhir Pendakwah Muslimah, Sabtu 19 Oktober 2019, jam 9 malam hanya di TV AlHijrah.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga