Rosyam Nor Tersingkir, 4 Finalis Rebut Gelaran Juara ‘All Stars Buka Panggung’

Rosyam Nor Tersingkir, 4 Finalis Rebut Gelaran Juara ‘All Stars Buka Panggung’

Datuk Aaron Aziz, Zulhuzaimy, Rita Rudaini dan Noorkhiriah – siapa di antara mereka yang bakal membawa pulang RM50,000 dan trofi kemenangan? Semuanya bakal terjawab di pentas akhir program komedi stagecom ‘All Stars Buka Panggung’!

Zulhuzaimy atau ‘SPARK’ berjaya mengungguli minggu separuh akhir ‘All Stars Buka Panggung’ dengan markah undian sebanyak 23.26%.

SPARK ternyata membuat audiens terhibur dengan wataknya yang tanpa rasa bersalah, ‘menyerbu’ majlis hari kelahiran ayahnya. Kemenangan ini sekaligus membawa Zulhuzaimy ke pentas akhir minggu ini!

Juga berjaya ke finale adalah pemenang tempat kedua, Noorkhiriah dengan markah 20.37%, yang melakonkan wataknya yang langsung tak kisah bila stesen minyaknya dirompak!

Cukup selesa dengan watak ‘minah rempit berlagak dengan motor curi’, Rita Rudaini juga berjaya ke pentas akhir dengan markah sebanyak 18.87%. Markahnya berbeza hanya 0.02% dengan tempat keempat yang juga finalis ‘All Stars Buka Panggung’, Datuk Aaron Aziz dengan markah 18.85%! Kecoh dibuatnya apabila beliau melakonkan watak banduan yang boleh membuka dan menutup sendiri sel penjaranya.

‘All Stars Buka Panggung’ merupakan sebuah program komedi dari Astro Warna yang mencabar para pelakon untuk melakonkan watak secara improvisasi, tanpa disediakan sebarang skrip.

Minggu separuh akhir ‘All Stars Buka Panggung’ telahpun menyaksikan lakonan pemenang-pemenang mingguan, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Noor, Noorkhiriah, Rita Rudaini dan Zulhuzaimy, yang turut dibantu oleh pelakon tambahan kejutan seperti Mark Adam, Tomok, Bell Ngasri, Zulin Aziz, A.R. Badul!

Nurul Kamal Mohamad Zainudin

Menariknya lagi, sebagai penghargaan kepada para seniman tanah air, pihak ‘All Stars Buka Panggung’ dengan kerjasama Persatuan Seniman Negara, menyampaikan bantuan sumbangan kebajikan dalam bentuk wang tunai RM4,000 kepada Nurul Kamal Mohamad Zainudin, atau lebih mesra dikenali sebagai Kamal Pendek.

Beliau pernah berlakon bersama Mat Sentul menerusi filem ‘Penagih Dadah’ dan aktif melalui filem ‘Pendekar’, ‘Si Badol’, ‘Panglima Badol’, ‘Dadidu’ dan ‘Tuan Besar’. Kini, beliau menghidap kanser usus tahap satu.

Jom sertai hos kami Ajak dan Shahrol Shiro bersama ‘Seri Dewi Panggung’, primadona Erra Fazira, dan empat finalis kami Datuk Aaron Aziz, Zulhuzaimy, Rita Rudaini, dan Noorkhiriah yang bakal beraksi di pusingan kemuncak finale ‘All Stars Buka Panggung’ bagi merebut gelaran juara dan seterusnya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga