Zulhuzaimy @ SPARK muncul juara ALL STARS BUKA PANGGUNG

Zulhuzaimy @ SPARK muncul juara ALL STARS BUKA PANGGUNG

Pelakon popular tanah air, Zulhuzaimy, atau lebih mesra dikenali sebagai ‘SPARK’ oleh peminatnya, berjaya meraih takhta Juara program sketsa komedi ‘All Stars Buka Panggung’ seterusnya membawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai sebanyak RM50,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro! Zulhuzaimy berjaya mendahului kesemua finalis dengan markah sebanyak 36.74 peratus.

Naib juara yang membawa pulang wang tunai RM25,000 berserta trofi pula dimenangi oleh Noorkhiriah dengan markah peratusan terkumpul sebanyak 21.65 peratus, manakala Datuk Aaron Aziz mendapat tempat ketiga dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan trofi dengan markah berjumlah 20.81%.

Rita Rudaini pula akur di kedudukan keempat dengan perbezaan peratusan markah yang begitu tipis dengan Datuk Aaron – Rita membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan sebuah trofi dengan markah sebanyak 20.80 peratus.

Malam finale yang penuh dengan gelak ketawa itu turut diserikan dengan kehadiran pelakon tambahan yang membuat kejutan seperti Nabila Razali, Ebby Yus, Ropie, dan Ali Puteh. Memeriahkan lagi Royal Theatre, Shah Alam itu adalah persembahan pembukaan cukup luar biasa dengan gandingan Mas Idayu bersama Juzztin, DJ Uno, dan Alam Wakaka Dance Crew!

Hamid Ghurka All Stars Buka Panggung

Hamid Ghurka, penerima sumbangan kebajikan wang tunai RM4,000 dari pihak ‘All Stars Buka Panggung’ bersama Presiden Persatuan Seniman Negara, Zed Zaidi, hos, dan Seri Dewi Panggung

Menariknya lagi, sebagai penghargaan kepada para seniman tanah air, pihak ‘All Stars Buka Panggung’ dengan kerjasama Persatuan Seniman Negara, menyampaikan bantuan sumbangan kebajikan dalam bentuk wang tunai RM4,000 kepada Abdul Hamid bin Abdul Rahman atau lebih mesra dikenali sebagai Hamid Gurkha.

Beliau pernah menerbitkan album sketsa lawak jenaka bersama rakan duetnya, Datuk Jamali Shadat pada zaman 70-an. Beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah album, antaranya adalah ‘Manaku Tada Mengaku’. Juga pernah membintangi filem ‘Main-Main Hantu’, ‘Alamak Toyol’ dan banyak lagi. Atas faktor usia, beliau kini uzur dan mempunyai masalah penglihatan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga