Nikmati Pengalaman Baharu Astro Ultra Box Dengan 4K UHD

Nikmati Pengalaman Baharu Astro Ultra Box Dengan 4K UHD

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati hiburan terbaik dengan Astro Ultra Box yang baharu.

Pengalaman Ultra merangkumi ciri-ciri seperti 4K UHD, Rakaman Awan (‘Cloud Recording’), paparan pengguna baharu yang lancar ditawarkan kesemua peranti, cadangan kandungan yang diperkukuhkan mengikut padanan tontonan, fungsi ‘play from start’ dan keupayaan untuk merakam pelbagai program secara serentak.

Kesemua ciri-ciri ini boleh didapati melalui Ultra box baharu dan Astro GO. Selain itu, Ultra Box juga membolehkan peminat sukan untuk menikmati UEFA EURO 2020, Liga Perdana, Formula 1 dan La Liga dengan pengalaman 4K UHD pertama di
Malaysia.




Hari ini merupakan perjalanan baru di mana Ultra Box membawa hiburan ke tahap seterusnya yang membolehkan 4K UHD, rakaman awan, play from start dan memiliki paparan baharu yang dapat meningkatkan pengalaman hiburan di rumah melalui skrin besar.

Para pelanggan boleh menaik taraf ke Ultra Box untuk menikmati pengalaman baharu ini. – Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro.

Henry Tan majlis pelancaran Astro Ultra Box

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro ketika memberi ucapan di majlis pelancaran Astro Ultra Box

Astro Ultra Box menggunakan teknologi sistem hibrid dan capaian internet. Satelit pula memancarkan
kualiti terbaik 4K. Sambungan Ultra Box ke internet membolehkan interaksi dan keupayaan untuk menyalurkan kandungan pada bila-bila masa mengikut permintaan. Astro turut menawarkan hiburan yang menarik dan pakej jalur lebar.

Dengan kelancaran dan pelarasan paparan pada kedua-dua Ultra Box dan Astro GO, pelanggan dapat menikmati pengalaman tontonan yang dipertingkatkan seperti berikut:

Astro Cloud Recording: Boleh didapati melalui Ultra Box baharu dan Astro GO. Ini bermakna, pelanggan boleh merakam pelbagai program secara serentak melalui Ultra Box atau menerusi Astro GO dan simpan di Astro Cloud yang boleh diakses pada mana-mana peranti dan pada bila-bila masa.

Pelanggan diberikan 200 jam penyimpanan HD secara percuma dan boleh ditambah sehingga 1500 jam pada harga RM15 sebulan.

Play from Start: Kelebihan buat penonton – jika anda berada pertengahan program, klik butang restart untuk menonton semula program dari awal.

New Home Screen: Membolehkan carian kandungan dengan lebih mudah. Semua program yang dipaparkan tersedia untuk ditonton tanpa dikenakan bayaran kecuali program yang dipaparkan di stor (Store).

Discover and Stream VOD: Sambungkan Ultra Box ke internet dan nikmati lebih 50,000 video on demand di rumah atau melalui Astro GO.

Search: Carian mudah untuk kandungan dari katalog yang merangkumi siri TV, filem, program kanak- kanak, kandungan langsung dan rakaman anda sendiri. Cari mengikut padanan tajuk program, pelakon, pengarah dan juga saluran.

Multi-screen and Stop Here, Continue There: Hentikan program pada satu peranti dan sambung semula program anda di peranti lain.

Astro Ultra Box

Naik Taraf Percuma kepada Pelanggan dengan langganan RM100 ke atas

Pelanggan dengan langganan bulanan sebanyak RM100 dan ke atas boleh menaik taraf secara percuma. Pelanggan perlu menyambungkan Ultra Box ke internet untuk menikmati lebih daripada 50,000 video on demand, cloud recording dan faedah lain.

Untuk menikmati tontonan 4K UHD, pelanggan memerlukan TV 4K yang bersesuaian.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 7490 8000 atau layari www.astro.com.my/ultra.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga