Gegar Vaganza 2019 : Hady Mirza Rampas Takhta, Feeza Tersingkir

Gegar Vaganza 2019 : Hady Mirza Rampas Takhta, Feeza Tersingkir

Konsert Gegar Vaganza Musim Keenam (GV6) pusingan suku akhir minggu lalu yang bertemakan ‘Melets’ menyaksikan bintang yang berasal dari Singapura, HADY MIRZA berjaya merampas kedudukan pertama dengan penjiwaan cemerlang beliau menerusi lagu ‘Cinta Luar Biasa’ yang pernah dipopularkan oleh Andmesh.

Persembahan padu Hady turut menerima pujian positif daripada barisan juri yang telah sebulat suara memberikan markah tertinggi sebanyak 81%.

Namun begitu, perjuangan penyanyi FEEZA di pentas ‘GV6’ pula terhenti di pusingan suku akhir apabila diumumkan tersingkir kerana berada di kedudukan terbawah dengan markah sebanyak 46%.




Dalam cabaran konsert Ahad lalu, Feeza telah memilih untuk menyanyikan lagu ‘Terus Mencintai’ yang pernah dipopularkan oleh Siti Nordiana. Walaupun sudah memberikan yang terbaik, namun prestasi Feeza pada minggu tersebut gagal mecapai standard piawaian yang ditetapkan oleh barisan juri sekaligus meletakkannya di kedudukan terendah.

Feeza - Gegar Vaganza 2019
Feeza diumumkan sebagai bintang ‘GV6’ keempat yang tersingkir di pusingan suku akhir

9 Bintang ‘GV6’ Mara ke Separuh Akhir

Dengan keputusan ini, sembilan lagi bintang ‘GV6’ yang lain berjaya mara ke pusingan separuh akhir.

Saingan di konsert pusingan separuh akhir yang bertemakan ‘Caras’ pada minggu ini pastinya lebih sengit kerana para bintang diberi cabaran untuk menyanyikan lagu-lagu hits penyanyi lain dengan gaya dan kreativiti tersendiri bagi menempah tempat untuk beraksi di pentas akhir.

HADY MIRZA diberi cabaran untuk menyanyikan lagu ‘Jatuh Bangun’ nyanyian asal oleh Haqiem Rusly, NAQIU BOBOY (‘Rampas’ oleh Akim & The Majistret), JATT (‘Sumpah’ oleh Naim Daniel), NURFATIMA (‘Patah Seribu’ oleh Shila Amzah), ROY (‘Hajat’ oleh Hael Husaini), SHAM VISA (‘Pergi’ oleh Aizat Amdan), WANN (‘Terlalu Memuja’ oleh Wany Hasrita), NOORSHILA AMIN (‘Vroom Vroom’ oleh Nabila Razali) dan ONE NATION EMCEES (‘Bila Rindu’ oleh Ruffedge).

Adakah HADY MIRZA mampu mengekalkan momentum dan mengekalkan kedudukan pertama pada Ahad ini? Bagaimana pula dengan persembahan bintang-bintang ‘GV6’ yang lain?

Sama-sama kita ketahui senarai finalis yang bakal beraksi di pentas akhir Ahad ini!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga