Gegar Vaganza 2019 : Jatt Ali Kembali Rampas Kedudukan Teratas

Gegar Vaganza 2019 : Jatt Ali Kembali Rampas Kedudukan Teratas

Jatt Ali kembali berjaya merampas kedudukan teratas dengan memperolehi markah tertinggi sebanyak 77.00 peratus.

Persembahan beliau bersama Juara Gegar Vaganza musim pertama, Ayai Ilusi menerusi lagu ‘Debunga Wangi’, nyanyian asal Lefthanded, telah mendapat pujian melambung dari juri tetap, Datuk Ramli MS.

Kemenangan berganda buat Jatt apabila turut diumumkan sebagai pemenang anugerah ‘Artis Cili Padi Paling Power’ bagi minggu tersebut!

Cukup mengejutkan apabila peserta, Nurfatima, yang digandingkan bersama penyanyi, Liza Hanim, berjaya meletakkan dirinya di kedudukan kedua tertinggi dengan mengumpul markah sejumlah 76.00 peratus! Beliau mempersembahkan lagu ‘Anggapanmu’, nyanyian asal Ziana Zain dan persembahan beliau berjaya memenangi hati para juri dan audiens!

Seterusnya, bergandingan bersama penyanyi dangdut popular era 90-an dan juga merupakan alumni Gegar Vaganza 5 iaitu Amelina, Roy berjaya buat pertama kalinya berada di kedudukan tiga teratas dengan merekodkan markah sejumlah 75.00 peratus.

Beliau yang menyanyikan lagu ‘Yang Tersayang’, nyanyian asal Amelina dan Iwan, telah mendapat pujian yang positif dari juri tetap iaitu Hetty Koes Endang yang mengatakan Roy merupakan seorang penyanyi yang cukup sesuai dengan lagu berirama dangdut.

Gegar Vaganza 2019 Kumpulan Kool Tersingkir

Kumpulan Kool tersingkir di minggu keempat pentas ‘Gegar Vaganza 6’

Namun begitu, konsert Gegar Vaganza pada minggu lalu telah menyaksikan Feeza, Noorshila Amin dan KOOL tersenarai di kedudukan tiga terendah. Hasrat kumpulan KOOL untuk mara ke peringkat seterusnya tidak tercapai apabila mereka diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir dari pentas Gegar Vaganza 6.

Kumpulan KOOL bergandingan bersama alumni Gegar Vaganza 5, Farahwahida, menerusi lagu ‘Siapa Dia Sebelum Daku’ nyanyian asal Francissca Peter & Royston Sta Maria. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila persembahan tersebut dikritik hebat oleh Datuk Ramli MS yang mengatakan nyanyian yang disampaikan “agak berselerak dan tidak selaras!”.

Di konsert minggu kelima pada Ahad ini yang bertemakan ‘Curhat’ atau ‘Curahan Hati’, bintang GV6 akan menyanyikan lagu-lagu yang bersifat luahan hati dan rintihan emosi.

Adakah Jatt Ali akan terus mengekalkan kedudukan beliau di kedudukan pertama pada minggu hadapan menerusi lagu popular Radja yang bertajuk ‘Benci Bilang Sayang’? Bagaimana pula dengan persembahan Nurfatima yang akan menyampaikan lagu berjudul ‘Can’t Fight The Moonlight’ nyanyian asal LeAnn Rimes?

Dan mampukah Naqiu BOBOY kembali fokus dalam persembahan nyanyian pada minggu hadapan, seterusnya kembali di kedudukan teratas menerusi lagu Wings, ‘Di Ambang Wati’? Siapakah pula yang akan tersingkir pada minggu hadapan?

Nantikan bersama, Ahad ini!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga