JBORN Ungguli Minggu Pertama Maharaja Lawak Mega 2019

JBORN Ungguli Minggu Pertama Maharaja Lawak Mega 2019

Kumpulan JBORN yang dianggotai Khir Rahman, Joey Daud dan Vicha berjaya mengumpul markah tertinggi, sekaligus meletakkan mereka di tempat pertama pada minggu pembuka tirai “Maharaja Lawak Mega 2019”!

Dengan lawak bersahaja menerusi watak peserta Gegar Vaganza 6, ‘Naqiu Boboy’ dan jurinya ‘Hetty Koes Endang’ (Khir Rahman dan Vicha), dan Joey Daud pula memegang watak ‘Yusry Abdul Halim’ (juri program Dewi Remaja), JBORN menang berganda apabila turut diumumkan sebagai penerima anugerah ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok!’, seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000 dan produk Adabi bernilai RM 500!

Tambah mengejutkan lagi apabila kumpulan Cali (dianggotai Tonny dan Khai) dari Brunei diumumkan sebagai pemenang ‘Oppo Punchline Machine’ kerana berjaya meraih undian tertinggi dari penonton di platform online dengan lebih 11 ribu undian!

Namun begitu, dalam setiap kebahagiaan tentu terdapat kesedihan – itulah yang dirasakan oleh kumpulan ‘ONxON’, ‘SMART’, ‘HALUS’ dan ‘PUTEH’ yang mendapat markah terendah dan membawa mereka ke podium ‘bottom four’.

Akan tetapi, keempat-empat kumpulan tersebut kemudiaanya menarik nafas lega apabila Dato’ AC Mizal selaku pengacara MLM 2019 mengumumkan bahawa tiada sebarang penyingkiran akan dilakukan pada minggu itu!

Inul Daratista, ikon dangdut popular Indonesia

Inul Daratista, ikon dangdut popular Indonesia dilantik sebagai Juri Tetap MLM 2019

Juri Tetap Maharaja Lawak Mega 2019

Menarik lagi, minggu pertama MLM 2019 yang penuh gelak ketawa itu menyaksikan pengenalan Juri Tetap bagi musim kelapannya – pelakon dan pengacara popular tanah air, Lisa Surihani dan penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Inul Daratista!

Turut menyertai mereka adalah pelawak popular, Johan bersama legenda rock negara, Dato’ Awie sebagai Juri Jemputan.

Siapakah dua lagi Juri Tetap pada musim kelapan MLM 2019? Sama-sama kita nantikan di minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2019

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga