Maharaja Lawak Mega 2019 : Kumpulan Cali & Halus Tersingkir

Maharaja Lawak Mega 2019 : Kumpulan Cali & Halus Tersingkir

Minggu kedua ‘Maharaja Lawak Mega 2019’ (MLM2019) menyaksikan kumpulan ‘Cali’ dari Brunei dan peserta dari Malaysia, ‘Halus’ yang dianggotai Farid Azmer dan Filzah AWOK tersingkir dari pertandingan realiti komedi itu.

Kemenangan ‘Oppo Punchline Machine’ (undian online tertinggi) yang dianugerahkan kepada kumpulan ‘Cali’ (dianggotai Tonny dan Khai) tidak dapat menyelamatkan mereka dan terpaksa akur dengan keputusan markah juri yang hanya berjumlah 23.75 peratus.

Untuk pengetahuan umum, format pemarkahan bagi MLM2019 ini adalah 70 peratus juri dan 30 peratus undian.

Lain pula cerita bagi kumpulan ‘J-Born’ yang dianggotai Khir Rahman, Joey Daud dan Vicha yang telahpun berjaya mengumpul markah tertinggi, sekaligus meletakkan mereka di tempat pertama pada minggu kedua ‘Maharaja Lawak Mega 2019’!

Dengan jumlah markah 68.71 peratus, ini adalah kemenangan kedua buat kumpulan ini. Tak kering gusi dibuatnya apabila Khir Rahman dan Joey melakonkan watak orang tua yang ingin belajar menari Zumba dengan ‘guru tarian’, Vicha.

Bukan itu sahaja yang dimenangi kumpulan J-Born! Mereka juga membawa pulang anugerah ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok’! Anugerah ini merupakan 100 peratus di tangan juri profesional dan JBorn telah berjaya mencatatkan markah sebanyak 67 peratus!

Sekali lagi, ini merupakan kemenangan dua minggu berturut-turut buat JBorn dan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 serta produk Adabi bernilai RM500!

2 Lagi Juri Tetap Maharaja Lawak Mega 2019 Diperkenalkan

Juri Maharaja Lawak Mega 2019

Minggu kedua MLM2019 juga amat istimewa kerana dua lagi juri tetap bagi musim ini diumumkan – Najib Ali dan Dato’ Jamal Abdillah!

Ini merupakan cubaan pertama Dato’ Jamal dalam menceburi bidang komedi manakala kepulangan Najip Ali turut diraikan kerana beliau pernah menggalas tugas yang sama sebagai juri tetap MLM pada tahun 2012, 2016 dan 2017.

Kini tinggal 12 lagi peserta yang akan meneruskan pertaruhan untuk meraih takhta ‘Maharaja’ adalah J-Born, Bocey, Jambus, OnXOn, Puteh, Rare, Rojak, Smart, Stone, Zero, dan peserta-peserta solo dari Indonesia, Popon dan Rahmet

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga