Gegar Vaganza 2019 : Naqiu BOBOY Ungguli Kedudukan Teratas

Gegar Vaganza 2019 : Naqiu BOBOY Ungguli Kedudukan Teratas

Naqiu BOBOY berjaya meletakkan dirinya kembali di kedudukan teratas dengan memperolehi markah tertinggi sebanyak 80.00 peratus.

Persembahan cemerlang beliau menerusi lagu popular kumpulan legenda rock, WINGS iaitu ‘Di Ambang Wati’ telah mendapat ‘standing ovation’ dari juri tetap, Hetty Koes Endang.

Menggalas tugasan yang diberikan pada minggu bertemakan ‘Curhat’ atau ‘Curahan Hati’, kesemua peserta telah menyanyikan lagu-lagu yang bersifat luahan hati dan rintihan emosi.

Terus konsisten dengan kualiti persembahan beliau, Jatt Ali, berjaya berada di kedudukan kedua tertinggi dengan mengumpul markah sejumlah 79.00 peratus! Menerusi lagu band popular Indonesia, Radja iaitu ‘Benci Bilang Cinta’, Jatt telah mendapat pujian yang positif dari juri jemputan, Datuk Yusof Haslam yang mana beliau memberi komen – persembahan yang konsisten dari minggu ke minggu serta showmanship yang bagus’

Seterusnya, persembahan yang sangat bertenaga menerusi lagu popular penyanyi Indonesia, Mulan Jameela iaitu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, One Nation Emcees berjaya berada di kedudukan tiga teratas selepas berjaya mengumpul markah sejumlah 73.00 peratus serta mendapat pujian yang positif dari ketiga-tiga juri. Di samping itu, One Nation Emcees juga telah diumumkan sebagai penerima ‘Artis Cili Padi Paling Power’ pada minggu kelima.

Sementara itu, Wann telah diumumkan sebagai pemenang anugerah ‘Bintang Cuckoo Paling Gempak’ selepas beliau memperoleh undian tertinggi menerusi undian online.

Gegar Vaganza 2019 Nurfatima

Nurfatima hampir tersingkir di minggu kelima

Dalam pada itu, konsert Gegar Vaganza pada minggu lalu telah menyaksikan Sham Visa, Feeza dan Nurfatima tersenarai di kedudukan tiga terendah. Ramai menjangkakan Nurfatima akan tersingkir pada minggu tersebut selepas beliau diumumkan berada di kedudukan paling corot.

Namun begitu, Nurfatima mampu menarik nafas lega apabila diumumkan bahawa tiada penyingkiran pada minggu kelima.

Di konsert minggu keenam pada Ahad ini yang bertemakan ‘Melets’ atau ‘Meletop’, bintang GV6 akan menyanyikan lagu-lagu pernah mengungguli carta dalam dan luar negara serta lagu yang mengimbau kenangan dulu.

Adakah Naqiu BOBOY akan terus konsisten di kedudukan pertama pada minggu hadapan menerusi lagu popular Allahyarham Saleem yang bertajuk ‘Juwita’? Bagaimana pula dengan persembahan Jatt Ali yang akan menyampaikan lagu berjudul ‘Still Loving You’ nyanyian asal Scorpions?

Dan mampukah Nurfatima memperbaiki persembahan nyanyian beliau pada minggu hadapan menerusi lagu yang bertajuk ‘Enggan’ nyanyian asal Fauziah Latiff? Siapakah yang akan tersingkir pada minggu keenam ini?

Nantikan bersama, Ahad ini!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga