Single Terbaru Caliph Buskers – Manusia

Single Terbaru Caliph Buskers – Manusia

Caliph Buskers, kumpulan yang pernah popular dengan lagu ‘Romancinta’ dan ‘Hanya Namamu’ bakal muncul dengan single terbaharu mereka berjudul “MANUSIA”.

MANUSIA” merupakan ciptaan Omar K, Ikhwan Fatanna dan John Jeevasingham. Menerusi lagu terbaharu ini, Caliph Buskers sekali lagi mempertaruhkan konsep ketuhanan sebagaimana lagu-lagu popular mereka sebelum ini, ‘Hanya Namamu’ dan ‘Buta’.

“Ini bukan lagu nasyid, tapi lebih kepada pop ketuhanan. Lagu ini bercerita tentang penyesalan seorang insan yang membelakangkan Yang Esa tatkala sibuk mengejar dunia. Kami berharap lagu ini mampu menyampaikan dakwah secara tidak langsung kerana lagu ini mampu melahirkan rasa insaf kepada yang benar-benar menghayatinya.

Kalau terlalu cintakan dunia, semuanya akan hilang atau mati akhirnya. Tetapi cinta kepada Yang Esa menjadikan hidup kita di atas muka bumi ini lebih bermakna.” – Azmi Saat




Perkembangan Terkini Caliph Buskers

Hampir dua tahun berlalu semenjak melancarkan single ketiga ‘Buta’ pada penghujung 2017, kini kumpulan Caliph Buskers masih boleh berbangga dengan impak lagu tersebut apabila mereka mendapat pencalonan dua kategori di Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19) yang bakal berlangsung pada 30 November nanti.

Menerusi “Buta”, Caliph Buskers telah tercalon untuk kategori Anugerah Lagu Pilihan Pendengar dan Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan.

Penghujung tahun lalu, mereka muncul dengan lagu ‘Hanya Mimpi’ yang lalu, sebuah lagu yang menampilkan sisi berbeza kumpulan yang dianggotai lima individu orang kelainan upaya (OKU) yang cacat penglihatan ini.

Single “MANUSIA” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music, bermula 29 NOVEMBER 2019.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga