Kumpulan Zero yang dianggotai tiga beradik, Atu, Sharif dan Syaiful berjaya meraih tempat pertama pada minggu ketiga ‘Maharaja Lawak Mega 2019’ (MLM 2019) Jumaat lepas.
Program lawak yang bersiaran secara langsung dari Royale Theatre, Shah Alam itu menyaksikan juara MLM 2014 ‘merampas’ gelaran ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok’ yang sebelum ini dimenangi oleh kumpulan J-Born (Khir Rahman, Vicha dan Joey Daud) untuk dua minggu berturut-turut!

Menarik lagi, kumpulan Smart pula berjaya memenangi gelaran ‘Oppo Punchline Machine’ apabila mendapat undian online tertinggi dengan jumlah undian sebanyak 26,433!
Smart merupakan salah satu pemenang episod istimewa MLM 2019 iaitu ‘Kerusi Panas’ di mana mereka berjaya mendapat tempat untuk bertanding di pentas berprestij MLM buat kali pertamanya.
Tinggal 11 Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Semestinya adat sesuatu pertandingan adalah kemenangan dan kekalahan – itulah yang dirasakan oleh keempat-empat kumpulan ini ketika dipangggil ke podium masing-masing dengan markah tercorot pada minggu ketiga MLM2019; kumpulan Stone (Mamat Sepah, Azlee Senario dan Acong), kumpulan Jambus (Tauke dan Tapai Kiut), kumpulan ONXON (Che Mat, Azrul dan GBOB) serta Popon, peserta solo dari Indonesia.
Dengan markah terkumpul sejumlah 40.54%, juara ‘Stand-Up Comedy Indonesia 2018’, Popon terpaksa akur dengan penyingkirannya pada malam keramat itu.
Kini, 11 lagi peserta MLM2019 yang akan meneruskan persaingan untuk meraih takhta ‘Maharaja’ adalah: J-Born, Bocey, Jambus, OnXOn, Puteh, Rare, Rojak, Smart, Stone, Zero, dan seorang lagi peserta solo dari Indonesia, Rahmet!
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments