‘Hello’ Kolaborasi Pertama Bernadee dan Ismail Izzani

‘Hello’ Kolaborasi Pertama Bernadee dan Ismail Izzani

Kolaborasi terbaru di antara Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment telah menghasilkan ‘Hello’ nyanyian Andi Bernadee bersama Ismail Izzani.

‘Hello’ merupakan kolaborasi buat pertama kali di antara Andi Bernadee dan Ismail Izzani. Single ‘Hello’ ini merupakan lagu yang mempunyai mesej yang tersendiri namun, ‘Hello’ boleh di intrepretasi mengikut kefahaman pendengar dan juga peminat.

Yang menariknya, untuk pertama kali di dalam industri muzik, dua video muzik telah dihasilkan untuk single ‘Hello’ ini untuk dua saluran Youtube yang berbeza, iaitu Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment.




Vidoe muzik ‘Hello’ mengisahkan tentang kes pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh bersiri. Dua muzik video ini sebenarnya mewakili dua perspektif yang berbeza. Kedua-dua muzik video ini mengandungi petunjuk-petunjuk untuk penonton mencari jawapan kepada kes pembunuhan tersebut.

Video muzik ini turut menampilkan pelakon Jay Iswazir serta kameo oleh Naim Daniel, Daniesh Suffian, Anna Jobling, Didi Astillah dan Fatin Afeqah.

Istimewa untuk peminat-peminat Andi Bernadee dan Ismail Izzani, single ‘Hello’ telah dilancarkan pada 15 November lepas dan boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, dan juga JOOX.

Video muzik ‘Hello’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment bermula 2 DISEMBER, jam 8.00 malam.

Dalam video muzik ini tidak akan dinyatakan siapa pembunuh bersiri tersebut. Identiti pembunuhnya hanya akan dibongkarkan di platform media sosial selepas kedua-kedua muzik video mencecah 1 juta tontonan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga