MLM 2019 : Jambus Tersingkir Awal & Rare Mula Menyerlah

MLM 2019 : Jambus Tersingkir Awal & Rare Mula Menyerlah

Kumpulan ‘Rare’ yang dianggotai Pak Ya, Ajak dan Ropie, berjaya meraih markah tertinggi berjumlah 60.91% melalui persembahan ‘luar biasa’ yang menggabungkan elemen seram dan jenaka.

Memang tak senang duduk penonton di Royale Theatre, Shah Alam melihat Pak Ya menjayakan watak atuk nyanyuk yang menyeramkan, lagi-lagi dengan unexpected plot twist di akhir persembahan – rupa-rupanya Ropie yang dirasuk zombie? Memang patutlah kumpulan ‘Rare’ menang gelaran ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok’ yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500!




Tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan ‘Bocey’ yang dianggotai Abam, Fad dan Achey dengan markah sejumlah 58.12!

Dengan persembahan yang penuh bermakna mengenai belia mencari kerja yang akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi pelawak, ‘Bocey’ ternyata membuat juri dan penonton tak berhenti gelak. Fad yang mengajuk juri tetap Najip Ali memang menjadi, dan bila Abam mula gelek Inul Daratista… confirm semua penonton pecah perut!

Gabungan Tauke Dan Tapai Tersingkir Awal

Jambus Maharaja Lawak Mega 2019
Kumpulan ‘Jambus’ (Tauke dan Tapai) tersingkir di minggu keempat MLM2019

Yang sedihnya, minggu kelima MLM2019 juga menyaksikan satu lagi kumpulan yang terpaksa disingkirkan di akhir rancangan. Kumpulan gandingan otai dan pemain baharu, ‘Jambus’ yang dianggotai Tauke dan Tapai gagal menempah nama untuk minggu seterusnya.

Kumpulan ‘Jambus’ hanya berjaya mengumpul markah berjumlah 39.79%. Kini, hanya 9 lagi peserta MLM2019 yang akan meneruskan persaingan untuk meraih takhta ‘Maharaja’ dan mereka adalah: J-Born, Bocey, Puteh, Rare, Rojak, Smart, Stone, Zero, dan satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Rahmet.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga