Mereka yang membesar pada era MySpace atau ‘indie’ pasti mengenali Melda Ahmad menerusi lagu Putus & Kimia yang tular di Myspace dan Youtube suatu ketika dulu.
Kedua lagu popular ini dirakamkan secara spontan dengan hanya menggunakan komputer riba.
Namun sudah tertulis, rezeki menyebelahi Melda apabila lagu itu mendapat tontonan lebih 200 000 di Youtube dan dilantik menjadi Gadis Semasa Sunsilk pada tahun 2011.
Pada tahun 2018 nama Melda Ahmad kembali muncul menerusi lagu ‘Kau Takkan Tahu’ nyanyian Zizan Razak yang telah trending di Youtube selama beberapa minggu setelah lagu itu dilancarkan dan mendapat respon yang positif dari para peminat yang merindui suara merdu Melda Ahmad.
Melda Ahmad Rakam Semula ‘Putus 2019’
Sempena 10 tahun lagu Putus berada di Youtube dan mendapat permintaan yang tinggi dari netizen di media sosial, Melda Ahmad merakamkan semula ‘Putus 2019’ #Putus10Tahun versi studio dengan lebih professional dan mendapat sentuhan dari Atjap dan Payung dari Salam Musik.
Lagu Putus boleh di dengar di semua saluran digital.
Lirik video rasmi Putus 2019 telah pun dimuat naik di Youtube pada 29 November 2019 yang lalu dan mendapat respon yang positif.
Para peminat lagu Putus berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai daripada Melda Ahmad dengan menyertai pertandingan #PutusCover yang sedang dijalankan di media sosial.
Tempat pertama akan menerima Rm300, kedua RM200 dan RM100 untuk tempat ketiga.
#PutusCover minus one/karaoke
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments