Naqiu BOBOY Rangkul Gelaran ‘Juara Mingguan’ Gegar Vaganza 6

Naqiu BOBOY Rangkul Gelaran ‘Juara Mingguan’ Gegar Vaganza 6

Konsert ketujuh ‘Gegar Vaganza’ Musim Keenam (GV6) menyaksikan kebangkitan Naqiu BOBOY yang kembali merampas gelaran juara mingguan untuk cabaran yang bertemakan ‘Reset’.

Persembahan mantap Naqiu menerusi lagu ‘Percayalah’ yang pernah dipopularkan oleh penyanyi no. 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerima maklum balas positif daripada barisan juri sekaligus meletakkan beliau di kedudukan teratas dengan markah sebanyak 73%.

Manakala dua bintang yang berasal dari Singapura iaitu Jatt Ali dan Hady Mirza turut menyerlah di pusingan lalu dan berada di kedudukan yang selesa selepas Naqiu. Jatt berada di tangga kedua dengan markah sebanyak 72% menerusi lagu ‘Sejuta Wajah’. Manakala Hady Mirza pula di tangga ketiga dengan 70% menerusi lagu ‘Malaikat’.




Minggu lalu juga turut menyaksikan Sham VISA, Nurfatima dan Roy berada di kedudukan bahaya tiga terbawah.

Walau bagaimanapun, nasib masih menyebelahi Sham dan Nurfatima apabila diumumkan terselamat dan layak untuk mara ke pusingan seterusnya. Kedua mereka turut berkongsi markah yang sama iaitu sebanyak 58%. Dengan keputusan tersebut, Roy terpaksa akur dengan keputusan juri apabila diumumkan tersingkir setelah menerima markah terendah daripada barisan juri sebanyak 55%.

Roy Gegar Vaganza 6
Roy terkandas di konsert kelapan setelah mendapat markah terendah daripada pihak juri

Persaingan di konsert pusingan suku akhir yang bertemakan ‘Suara Komposer’ pastinya lebih sengit kerana setiap bintang ‘GV6’ bakal mempersembahkan lagu-lagu hits ciptaan komposer-komposer tersohor tanah air.

NAQIU BOBOY diberi cabaran untuk menyanyikan lagu bergenre irama Malaysia berjudul ‘Tinting’ nyanyian asal oleh Noraniza Idris, JATT (‘Mimpi Laila’ oleh Yasin), HADY MIRZA (‘Taman Rashidah Utama’ oleh Wings), ONE NATION EMCEES (‘Hati Emas’ oleh Kembara), WANN (‘Hitam Putih Kehidupan oleh Dato’ Sheila Majid), NOORSHILA AMIN (‘Ahai Usahlah’ oleh Noorshila Amin), SHAM VISA (‘Dari Sinar Mata’ oleh BPR) dan NURFATIMA (‘Jangan Lafazkan’ oleh KRU).

Adakah Naqiu BOBOY terus konsisten memberikan persembahan yang padu sekaligus mampu mengekalkan gelaran juara mingguan pada minggu ini?

Sama-sama kita nantikan persembahan mantap daripada kesemua bintang kelak.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga