Home>>Informasi Hiburan>>12 Finalis Pencarian Hero Remaja 2020
12 Finalis Pencarian Hero Remaja 2020
Informasi Hiburan

12 Finalis Pencarian Hero Remaja 2020

Pihak Astro menerusi saluran Astro Ria dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dengan berbesar hati mengumumkan kerjasama strategik dalam menganjurkan program pencarian bakat, ‘Hero Remaja 2020’ yang juga merupakan penganjuran edisi kesepuluh sejak pertama kali diperkenalkan lebih tiga dekad yang lalu iaitu di sekitar tahun 1990.

Seramai hampir 600 calon peserta telah hadir untuk mencuba nasib sewaktu sesi ujibakat yang berlangsung selama empat hari pada 21, 22, 28 dan 29 Disember 2019 di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk.

Kesemua mereka juga akan turut ditempatkan di bawah satu bumbung untuk dikuarantin bagi tempoh hampir 2 bulan untuk menjalani sesi penggambaran program ini.

Finalis Pencarian Hero Remaja 2020

Selebriti popular, Scha Al Yahya yang pernah dimahkotakan sebagai Dewi Remaja 2005/06 dan Datuk Hans Isaac turut menjadi antara tarikan utama pencarian edisi kali ini kerana gandingan ini sekali lagi dilantik sebagai juri tetap yang bakal mengadili pencarian Hero Remaja 2020 serta turut bertindak sebagai mentor kepada para peserta.

Manakala pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik, Ain Edruce pula diberi mandat untuk mengendalikan pencarian kali ini sebagai hos program.

Program ‘Hero Remaja 2020’ akan bersiaran selama lapan minggu pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam bermula 27 Februari 2020 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ia turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go dan on demand.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments