Home>>Informasi Hiburan>>Pertandingan Realiti Terbaharu : Ceria Megastar 2020 Bermula Mac Ini!
Ceria Megastar 2020
Informasi Hiburan

Pertandingan Realiti Terbaharu : Ceria Megastar 2020 Bermula Mac Ini!

Ceria Megastar 2020
Astro dengan berbesar hati membawakan kembali ‘Ceria Megastar’, sebuah program realiti aneka bakat yang menampilkan para peserta cilik berumur 18 tahun dan kebawah, bermula Mac ini!

Merupakan edisi kedua selepas kejayaan musim pertamanya pada tahun 2018, ‘Ceria Megastar’ kali ini tampil berbeza apabila menggandingkan peserta baru yang hadir dari pelbagai latar belakang, yang mana ada di antara mereka mempunyai pengalaman menyertai pertandingan bakat di peringkat antarabangsa, bersama barisan peserta yang pernah menyertai program anjuran saluran Astro Ceria seperti ‘Ceria Pop Star’, ‘i-Star’, ‘All Star’ dan ‘Ministar’.

Seramai 20 peserta akan beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat masing-masing seterusnya merebut gelaran terulung, ‘Megastar’ dan membawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai! Juara ‘Ceria Megastar’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM25 ribu beserta trofi sumbangan Astro.

Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan memenangi RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi.

Ceria Megasta’ ini bakal bersiaran secara langsung selama 8 minggu berturut-turut, mulai Sabtu, 29 Februari 2020, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments