Saturday, November 28
Home>>Konsert>>Sunday Night Live Bersama Spider di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
Sunday Night Live Spider Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
Konsert

Sunday Night Live Bersama Spider di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Hadir dengan lagu-lagu berunsur rock yang mempunyai pengaruh ska, Kumpulan Spider bakal beraksi di pentas Sunday Night Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 8 Mac 2020 jam 10.30pm.

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1996, dianggotai oleh empat orang ahli kumpulan iaitu Tam sebagai penyanyi dan pemain gitar, Nafie sebagai pemain gitar utama, Iskandar sebagai pemain bass dan Ayie merupakan pemain drum.

Bakat mereka di asah oleh komposer terkenal iaitu Sifu M. Nasir di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd.

Album pertama mereka diterbitkan pada tahun 1999 berjudul Ngam Ho dan Berjaya memperkenalkan lagu hits “Mungkinkah Terjadi”. Manakala Aladin muncul pada tahun 2002 dan album ini terjual melebihi 60,000 unit menerusi lagu hit Aladin, Kekal, Kasih Latifah, Kau Saja dan Laukku Cukup Masin.

Pada tahun 2004, album berjudul Nazraku yang memperkenalkan lagu hit Nazraku, Cinta Dewa Dewi dan Relaku Pujuk. Album ini telah memenangi anugerah Album Terbaik pada AIM 12. Pada tahun yang sama, Spider juga telah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Relaku Pujuk.

Pada tahun 2007, Spider menerbitkan album Bintang 12 dan mendapat sambutan ramai selain mendapat pujian daripada pihak media kreativiti mereka menerusi lagu hit Mabuk, Salut, Anti Graviti dan Bila Nak Saksi.

Album ini juga telah dicalonkan menerusi kategori Album Rock Terbaik di AIM15. Juga pernah mendapat kedudukan tertinggi dalam carta radio di negara kita.

Sunday Night Live Spider Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Tiket Sunday Night Live bersama Spider ini boleh didapati di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dengan harga RM100.00 (termasuk satu minuman ringan) untuk setiap seorang.

Mereka bakal beraksi selama hampir 2 jam dan mendendangkan para peminat dengan lagu-lagu hits mereka seperti Kacap Terlabik, Ngam Ho, Dah ku Faham, Hidupku, Rasakan resapkan / Telinga ke Tulang, Buat Sang Puteri, Cinta Dewa Dewi, Mabuk, Nak Lantak, Mama, Kekasihku / Kekal, Tapi Bagaimana, Aladin, Nazraku, Kau Saja dan Laukku Cukup Masin.

Sunday Night Live adalah platform yang mengetengahkan bakat artis-artis popular dan juga artis baru selain memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan artis kegemaran mereka secara live! Inisiatif ini merupakan komitment Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong kehadiran muzik tanahair.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi +603-27155555 atau layari laman Facebook Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments